in

“Tak memilih kerja” – [VIDEO] Netizen Sebak Dengar Pengorbanan Ayah Ini Untuk Sara Keluarga

Ft Sebak Pengorbanan Ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini sebuah video telah dimuat naik ke TikTok oleh @jafnyelias2 yang bercerita mengenai kisah pengorbanan seorang ayah telah membuat ramai warganet berasa sebak.


Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki sedang bekerja dipercayai dengan majlis perbandaran kawasan tersebut.

@jafnyelias2

Pengorbanan seorang ayah untuk anak #kongsirezeki #pengorbanan #kerja #rezekihalal #kebaikan

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Pemilik akaun TikTok dilihat menghulurkan sebuah sampul kepada lelaki tersebut yang dikenali sebagai Basri.

Apabila ditanya, Basri menjelaskan yang dia sudah membuat kerja tersebut selama 2 tahun dan dia turut memberitahu bahawa dia tidak ‘memilih’ pekerjaan atas sebab dia harus menampung yuran pembelajaran anaknya.

Walaupun hanya menerima pendapatan kasar sebanyak RM1,500, Basri kekal gigih bekerja demi menyara anak dan isterinya di rumah.

Apa semangat untuk terus kerja?

Screenshot 8

Menerusi video tersebut, pemilik akaun itu sempat mengajukan pertanyaan kepada Basri tentang apa yang menjadi pembakar semangatnya untuk kekal bekerja.

Jawapan Basri telah membuat ramai netizen tersentuh, apabila dia menjawab anak dan bini adalah sebab utama dia terus gigih mencari rezeki dan juga untuk membayar yuran sekolah anaknya.

“Sebab anak. Anak dengan bini. Nak beri anak sekolah lah. Pasal anak nak sekolah, dia sekolah agama. Yuran sahaja dah RM500. Tak kerja kesian kat anak.”

“Saya tak pandai, saya nak beri anak saya pandai sikit,” kata Basri.

Alah bisa tegal biasa, Basri memberitahu dia akan berulang sejauh kira-kira 20KM setiap hari daripada rumahnya untuk ke tempat kerja.

“Semoga Allah mudahkan urusan saudara kita En Basri” – Netizen

Pada masa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.6 juta jumlah tontonan dan mendapat sebanyak 196K jumlah likes di TikTok dalam masa sehari selepas ia dimuat naik.

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat kegigihan Basri dalam mencari rezeki demi menyara keperluan keluarganya dan ramai juga warganet yang mendoakan agar urusan Basri dipermudahkan.

Screenshot 2023 03 21 173219

Pengorbanan seorang ayah memang tiada tandingan dia…

Baca : [VIDEO] Balik Tadika Terus Ziarah Kubur Bapa, Rupanya Selalu Tenung & Mengadu Dekat Gambar Arwah

Ft Anak Ziarah Kubur Ayah 728X383 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.