in

“Tak masuk akal” – Perogol Anak Tiri Dipenjara 1,050 Tahun, Peguam Minta Mahkamah Tinggi Kaji Semula

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 33 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 1,050 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas mengaku merogol anak tirinya sebanyak 105 kali sepanjang tempoh dua tahun.


Namun, memetik laporan dari FMT, seorang peguam kanan, N Sivananthan telah menyifatkan hukuman yang diberikan ini sebagai “tidak masuk akal”.

Jelasnya, dia tak pernah melihat hukuman selama itu kerana hayat pesalah tak cukup panjang untuk habiskan hukuman tersebut.

Hakim mengabaikan prinsip hukuman terhadap tertuduh yang didakwa dengan banyak tuduhan bagi kesalahan yang sama. Ini tidak masuk akal kerana ia dikira hukuman penjara seumur hidup.”

Oleh kerana ini, Sivananthan mengatakan kes ini tepat dan wajar untuk dikaji semula oleh Mahkamah Tinggi bagi mengelakkan dari salah laksana keadilan.

Whatsapp Image 2021 01 27 At 20.24.23 600X392 1

Untuk pengetahuan korang, tertuduh yang tidak diwakili peguam ini telah menerima hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan untuk setiap pertuduhan dan hukuman ini akan dijalankan secara berturut-turut dari tarikh tertuduh ditahan.

Namun, Seksyen 37B Kanun Keseksaan ini memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tak melibihi 30 tahun beserta sebatan.

Menurut peguam V Vemal Arasan pula, hakim sepatutnya beri masa kepada tertuduh untuk mendapatkan khidmat guaman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan untuk ringankan hukuman ke atasnya.

Seorang peguam akan memberi pencerahan tentang prinsip hukuman dan menggesa mahkamah agar membenarkan hukuman penjara berjalan serentak.”

Katanya Vemal lagi, tujuan hukuman dijatuhkan adalah sebagai pembalasan dan pemulihan bukan untuk mengecam pesalah.

Apa pendapat korang?

 

Baca: “Haruan makan anak” – Lelaki Dipenjara 1,050 Tahun, Rogol Anak Tiri 105 Kali Selama 2 Tahun!

Screenshot 2021 02 01 At 3.28.31 Pm

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.