in

Tak Kisah Basah Lencun, Cikgu Berbaju KRS Terus Terjun Dalam Parit Nak Selamatkan Mangsa Kemalangan

Cikgu Baik Hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melihat kemalangan yang berlaku di depan rumahnya kira-kira jam 7 pagi pada 22 November lalu, seorang guru buat tindakan pantas dan mengagumkan. Guru Penolong Kanan, Cikgu Kamarul ketika itu sudah siap dengan baju uniform KRS dan nak bergerak pergi sekolah di SMK Dato Seth, Yong Peng ketika kejadian tu berlaku.

Sebuah kereta Proton Persona terbabit dalam kemalangan tu dilihat berada di dalam parit di depan rumah Cikgu Kamarul dekat Jalan Parit Ya’ani-Jalan Sri Bengkel. Kereta tersebut dinaiki oleh seorang bapa (pemandu) bersama tiga orang anaknya.


Terbabas 3

Terbabas 4
sumber: facebook

Menurut Malay Mail, Muhammad Yahood, 48, sedang memandu untuk hantar anaknya yang berusia 11 dan 10 tahun ke sekolah serta ditemani anak kecil berusia satu tahun. Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Razali Mohd Tahir berkata, kemalangan tu berlaku kerana pemandu hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit.

Melihat kejadian mengejutkan tu, Cikgu Kamarul tidak berfikir panjang dan terus terjun ke dalam parit membantu kesemua mangsa dalam kereta tersebut.

Terbabas 2

Terbabas 1
sumber: facebook

Beberapa gambar menunjukkan cikgu tu basah lencun dengan pakaian uniform KRS tersebut viral di Facebook sejak semalam. Bagaimanapun, bapa kanak-kanak tersebut dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan dan kesemua anaknya hanya mengalami cedera ringan.

Terbabas 6

Terbabas 5
sumber: facebook

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Moga keluarga mangsa tabah dengan pemergian mengejut ini dan tahniah kepada Cikgu Kamarul atas tindakan mulia dilakukan tu…

Baca: Lelaki Terus Terjun Dalam Perigi Berlumpur Nak Selamatkan Anak Anjing Daripada Lemas

Anak Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.