in

“Tak kena tempat” – Pekerja Pengebumian Dipecat Selepas Selfie Dengan Jenazah Maradona

Ft Maradona

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona Rabu lalu ternyata menggemparkan dunia terutamanya bagi peminat sukan bola sepak.


Belum reda lagi dengan berita kematian tersebut, peminat sekali digemparkan dengan perlakuan tidak sensitif seorang pekerja pengebumian terhadap jenazah legenda itu.

Menurut sumber akhbar tempatan semalam, Diego Molina, yang bertugas di sebuah rumah pengebumian dikatakan mengambil swafoto bersama jenazah Maradona sambil meletakkan tangannya di atas kepala bekas pemain bola sepak Argentina itu.

Biadap betul!

Capture 17

Molina juga dipercayai mengambil gambar bersama Maradona sambil menunjukkan isyarat bagus.

Selain gambar itu, sekeping lagi foto lain menunjukkan Molina dipercayai berdiri dalam van yang meninggalkan rumah mayat yang terletak di Buenos Aires itu.

Kenderaan tersebut meninggalkan rumah mayat itu selepas bedah siasat ke atas mayat Maradona selesai dilakukan dan bersedia dibawa untuk proses pengebumian negara.

Timbulkan Kemarahan

Tindakan swafoto pekerja rumah pengebumian itu dikatakan mendatangkan kemarahan ramai pihak.

Lelaki itu juga dipercayai menerima ugutan bunuh apabila gambar swafotonya bersama legenda itu mula tersebar.

 

Capture 1 8

Bagaimanapun menurut pemilik rumah pengebumian itu, Sepelios Pinier, Molina akhirnya telah dipecat menerusi pengumumannya kepada media tempatan.

Molina merupakan pekerja yang ditugaskan untuk memastikan persiapan jenazah Maradona yang diletakkan dalam keranda sebagai penghormatan terakhir rakan-rakan dan keluarga lapor mstar.

Legenda tersebut meninggal dunia pada usia 60 tahun, Rabu lalu akibat diserang sakit jantung.

Itulah lain kali fikir la dulu sebelum buat apa-apa…

Baca : Meninggal Dunia Sebelum Ambulans Sempat Tiba, Ini Kata-Kata Terakhir Maradona

Capture 17 1

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.