in

Tak Jadi Penjara & Denda, Mahkamah Tinggi Perintah Remaja Curi Tabung Masjid Jalani Khidmat Sosial

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes remaja dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap mencuri tabung masjid masih hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial.


Ada yang bersimpati dengan nasib remaja tersebut dan ada juga yang bersetuju dia dikenakan hukuman mandi seperti jenazah, penjara dan denda ekoran pendedahan mengenai latar belakangnya.

Macam yang korang tahu, sebelum ini mahkamah telah menetapkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 atas kesalahan cubaan mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang minggu lalu.

Bagaimanapun, sebentar tadi Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membuat keputusan untuk mengenepikan hukuman tersebut dan menggantikannya dengan khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan.

Hakim, Datuk Abd Halim Aman membuat keputusan tersebut terhadap tertuduh Daniel Iskandar, selepas mendengar hujahan dari pihak pendakwaan dan pembelaan untuk mengambil kira situasi keluarga kerana video yang tular.

Kerana ini, keputusan yang diberikan hari ini dibuat berdasarkan umur Daniel yang masih muda dan potensinya untuk mempunyai masa depan yang cerah.

Demi masa depan tertuduh dan bagi membenarkan dia untuk mempunyai rekod jenayah bersih, beberapa perkara telah ditetapkan.”

Daniel diminta untuk melaporkan diri ke jabatan khidmat masyarakat dalam tempoh tujuh hari selepas keputusan hari ini.

“Guna peluang sebaik mungkin”

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan budi bicara yang diberikan oleh mahkamah dan berharap agar Daniel dapat menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.

Screenshot 2022 01 17 At 2.23.32 Pm Down

Harapnya Daniel dapat memanfaatkan peluang yang diberikan oleh mahkamah ni…

Sumber: BERNAMA, FMT

 

Baca: “Saya yang suruh AJK Masjid buat laporan” – Atuk Remaja Curi Tabung Masjid

Screenshot 2022 01 17 At 2.32.49 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.