in

“Saya yang suruh AJK Masjid buat laporan” – Atuk Remaja Curi Tabung Masjid

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ada netizen mendakwa bahawa remaja yang mencuri tabung masjid dan dimandikan seperti jenazah oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah di Kuang adalah merupakan seorang penagih dadah.


Melalui temubual bersama MalaysiaGazette, datuk kepada remaja tersebut Rosli Sidek mengesahkan yang dia sendiri meminta agar AJK masjid untuk membuat laporan polis ke atas cucunya itu.

“Dia merupakan remaja bermasalah”

Fjcqbsgamaeed6W

Menurut Rosli, tujuan dia menyarankan perkara ini adalah supaya cucunya Daniel Iskandar yang berusia 19 tahun itu dapat menjadi orang berguna.

Tambahnya lagi, dia tak mahu apa yang berlaku ke atas keluarganya menimpa orang lain gara-gara sikap Daniel itu sendiri.

Pun begitu, atuk kepada Daniel ini hanya mengesyaki cucunya itu terjebak dengan dadah ekoran tindakannya sering di luar dugaan.

Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.

“Kemungkin besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan.”

Selain itu, Rosli turut mengatakan yang cucunya itu pernah mencuri wang simpanan umrah neneknya dan motosikalnya serta mengugut mencederakan arwah neneknya.

Contohnya dia pernah mencuri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam.”

Manakala AJK Masjid Al Islahiah pula mengatakan tujuannya memandikan Daniel selepas ditangkap adalah kerana remaja tersebut dikatakan berada dalam keadaan khayal dan lalok.

Polis sahkan remaja curi tabung masjid untuk beli dadah dan berjudi

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superitendan Shafa’aton Abu Bakar mengatakan remaja berusia 19 tahun tersebut mencuri duit tabung bagi membeli dadah dan bermain judi dalam talian.

Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.

Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu,” katanya.

Rosli meminta agar netizen di media sosial berhenti menyalahkan AJK masjid kerana melaporkan kes curi cucunya itu ke pihak berkuasa.

 

Baca: “Atuk pun tak nak bela” – Netizen Dedah ‘Kisah Sebenar’ Pencuri Tabung Masjid

Collage 27

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.