in

Kes Mandikan Remaja Seperti Jenazah: Pihak Masjid Takkan Mohon Maaf, Serah Isu Kepada Peguam

Remaja Dimandikan Jenazah Masjid Tak Mahu Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video seorang remaja yang dimandikan seperti jenazah selepas didakwa telah ditangkap mencuri tabung masjid sudah menjadi topik perbualan hangat netizen sejak akhir-akhir ini.


Pihak pengurusan Masjid Al-Islahiah di Kuang yang terpalit dengan penularan video berkenaan walau bagaimanapun telah menyerahkan perkara tersebut kepada peguam.

Mgf14012022 Interview Kes Curi Tabung 25

Menurut Sinar Harian, mereka juga pada masa yang sama tidak berhasrat untuk membuat permohonan maaf kepada remaja tersebut iaitu Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19 dalam tempoh terdekat ini.

Nazir masjid, Supandi Samin memberi pandangan bahawa remaja itulah sepatutnya membuat permohonan maaf kepada pengurusan masjid kerana kesalahan menceroboh.

Pada pandangan saya, di sini ada dua isu, satu remaja itu datang menceroboh, jadi siapa yang patut minta maaf, adakah masjid yang kena minta maaf, dia datang ke tempat kita.

“Isu kedua, berkenaan video tular, yang itu kami tak boleh buat apa-apa. Sebab kami pun ada peguam, dan peguam sudah nasihati kami, jadi peguam akan uruskan.

“Kami hanya mahu ALLAH permudahkanlah urusan kami, itu sahaja,” katanya.

Pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi telah menyarankan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan pihak yang tular video berkenaan remaja itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka pada hari Selasa.

Remaja Dimandikan Jenazah

Menurut Hakim Datuk Abd Halim Aman, pihak yang terlibat dalam insiden ini perlu membuat permohonan maaf demi menjernihkan keadaan antara dua pihak.

Dalam pada itu, Supandi juga mengakui isu video yang tular itu telah memberi kesan kepada imam masjid yang kini katanya ‘merajuk’ namun fungsi masjid masih berjalan seperti biasa tanpa masalah.

Harap isu ini tidaklah berlanjutan. Harap kedua-dua belah pihak dapat hikmah yang terbaik daripada isu ini. 

Baca: Tak Jadi Penjara & Denda, Mahkamah Tinggi Perintah Remaja Curi Tabung Masjid Jalani Khidmat Sosial

Curi Tabung Masjid

Sumber: MSN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.