in

Tak Hirau Suami Sakit Tenat, Isteri Bawa Pulang ‘Orang Lain’ & Minta Izin Nak Kahwin

Ft Ibu Minta Izin Kahwin Baru Masa Ayah Nazak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati anak mana yang tak remuk apabila melihat keadaan ayahnya terlantar sakit sementara si ibu tidak menghiraukan ayahnya itu. Lebih perit lagi, si ibu itu dikatakan tinggal sebumbung dengan kekasih barunya.


Perkara itu didedahkan menerusi satu video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @yossehen, si ayah yang terlantar sakit meminta anaknya untuk bawa pulang si ibu.

Biarpun akhirnya pujukan itu berjaya, pasti remuk hati si anak melihat si ibu yang dilihat seperti tidak menghiraukan si ayah bahkan siap bawa kekasihnya lagi, lebih teruk lagi…

 

Ibu minta izin kahwin baru

Walaubagaimanapun, lelaki tersebut mengatakan dia yang kini tengah nazak ikhlas dan redha sekiranya si isteri mahu meninggalkannya.

Dalam video tersebut dilihat si anak tunduk menangis menyaksikan kejadian tersebut setelah si ibu ini meminta izin untuk berkahwin baru.

@yossehen

Ayah sekarat ibu selingkuh #fyp

♬ Astaghfirullah Robbal Baroya – SHOLAWAT MUSIC PRO

Dalam masa sehari, video ini telah meraih lebih daripada 2 juta tontonan dan hampir 5,000 jumlah perkongsian.

Biarpun sedih melihat kejadian itu, ramai netizen memuji si anak yang taat menjaga ayahnya yang tengah sakit bahkan ada yang mendoakan kesejahteraan si ayah itu.

Baca : “Ayah saya tak dihormati” – Wanita Dakwa Ayah Tak Diberi Oksigen, Katil & Selimut Sebelum Meninggal Akibat Covid-19

Covid 19 Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.