in

“Tak guna handlebar pun”- Pegang Barang Atas Kepala Sambil Kayuh Basikal, Kebolehan Lelaki Ini Jadi Perhatian

F3 Handle Cyc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa kebolehan yang ada pada diri korang tapi susah nak jumpa pada individu lain? Mungkin ada orang yang makan banyak mana pun berat tetap tak naik. Kebolehan macam ni memang confirm ramai yang jealous la kan. 

Namun, buat seorang lelaki dipercayai di India ini pula, dia mampu mengayuh basikal tanpa menggunakan handlebar basikal sambil memegang bungkusan barang yang besar di atas kepala tau!


Screenshot 556

Memetik laporan Bol News, sebuah video yang memaparkan gelagat individu berkenaan telah mendapat perhatian ramai netizen di Instagram dan Twitter baru-baru ini sehingga menjadi tular di platform media sosial.

Video yang telah mendapat 1.5 juta tontonan di Twitter itu dipercayai telah dirakam oleh pemandu atau penumpang sebuah kereta yang berada di belakang basikal berkenaan.

Ada yang menyifatkan kebolehan lelaki itu seperti sebuah manusia segway kerana mampu menyeimbangkan diri sendiri walaupun perlu memegang beban di atas kepala tanpa berpegang pada handlebar basikal.

Rata-rata netizen lain turut mengatakan ramai orang yang tinggal di kampung mempunyai bakat luar biasa seperti lelaki itu dan layak untuk menyertai sukan seperti gimnastik namun sayang kebanyakan mereka tidak mempunyai peluang untuk berlatih secara professional.

Screenshot 557

Selain itu, ada juga yang menyamakan gelagat lelaki berkenaan boleh diibaratkan seperti seorang manusia yang bahagia dalam kehidupannya kerana mampu hidup tanpa mengeluh.

Apa yang penting, netizen negara itu memang cukup kagum dengan kebolehannya dan ada yang berpendapat ia mungkin lebih mengagumkan berbanding acara di Olimpik.

Memang impressive betul bila tengok terutamanya part dia lalu selekoh tu. Cuba korang share pulak apa bakat terpendam korang di ruangan komen dengan team Lobak Merah. 

Sumber: Bol News, Twitter @anandmahindra

Baca: Kilang Ini Benarkan Pelanggan Kait Stoking Sendiri Dengan Mengayuh Basikal, 10 Minit Siap Sepasang! 

Handle Cyc1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.