in

“Tak datang fitting kena tunjuk surat MC” – ‘Bridesmaids’ Dipaksa Tandatangan Kontrak, Ada 37 Peraturan Wajib Ikut

Pengantin Paksa Bridesmaids Tandangan Kontrak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ni bila buka media sosial je, penuh dengan gambar orang bertunang atau berkahwin.


Wedding E1609657160913
Gambar hiasan

Tapi, ada seorang bakal pengantin (bukan di Malaysia) ni dihentam pengguna media sosial selepas wanita itu dilaporkan memaksa bridesmaids untuk menandatangani satu ‘kontrak’ yang mempunyai 37 peraturan yang wajib dipatuhi sebelum dan semasa majlis perkahwinannya.

Peraturan apa tu?

Kalau korang nak tahu, peraturan yang dibuat pengantin ni sangatlah ketat dan terperinci. Sampaikan bridesmaids kena bagi pengantin jadual rutin harian selama tujuh hari dalam masa lima hari selepas tandatangan kontrak.

Amboi!

Mengaku diri ada perangai bossy

Bridezilla E1609655015879
Gambar hiasan

Dalam salah satu peraturannya, bakal pengantin yang namanya tidak didedahkan itu mengaku dia sememangnya ada perangai bossy a.k.a suka mengarah. Malah, wanita berkenaan juga menetapkan yang semua bridesmaids tak boleh bawa anak-anak kecuali kalau mereka terlibat dalam majlis.

What?!

Berkongsi ‘kontrak’ yang dibuatnya itu di laman sosial Facebook, bakal pengantin itu berkata dia tidak mahu berasa tertekan menjelang majlis perkahwinannya.

“Saya dah baca banyak masalah mengenai bridesmaids di hari perkahwinan. Jadi, saya buat kontrak yang terangkan expectation saya dari awal sehingga habis,” tulis wanita itu.

Digelar ‘bridezilla’ oleh pengguna media sosial lain, wanita itu difahamkan telah kehilangan empat orang bridesmaids yang membantah ‘kontrak’ terbabit.

Bridesmaid E1609655169993
Gambar hiasan

“Pada mulanya saya merancang untuk mempunyai 10 orang bridesmaids. Tapi, hanya enam orang sahaja yang bersetuju dengan kontrak,” katanya.

Sementara itu, kontrak yang dikongsikan bakal pengantin itu di media sosial dikecam pengguna lain yang rata-ratanya beranggapan syarat yang ditetapkan tidak masuk akal.

Ada juga yang berkata jika mereka berada di tempat bridesmaids, kontrak itu sudah direnyukkan dan dicampakkan ke muka pengantin.

Korang nak tahu tak apa 37 peraturan yang ‘bridezilla’ ni tetapkan dalam kontrak dia?

Jom, admin senaraikan penuh peraturan dia. Korang baca lah.

37 peraturan untuk bridesmaids

  1. Saya tak akan menyuruh pengantin untuk tukar apa-apa mengenai majlisnya.
  2. Saya tak akan bercakap buruk mengenai sesiapa saja pada majlis perkahwinan.
  3. Saya tak akan naik berat badan melebihi 3 kilogram bermula sekarang sehinggalah hari perkahwinan.
  4. Rambut saya hanya boleh berwarna hitam atau coklat gelap semasa majlis. (Nak buat highlights kena dapat approval awal pengantin)
  5. Tak boleh pakai bulu mata palsu semasa majlis kecuali kalau bulu mata tu dipasang secara profesional.
  6. Saya harus datang ke bridal shower dan bachelorette party, dress fitting, rehearsals dan majlis perkahwinan. (Boleh tidak hadir jika ada kematian atau masuk penjara, mengandung tidak melebihi lima bulan atau sakit yang perlukan surat pengesahan daripada doktor)
  7. Saya akan menjaga kulit, rambut dan kuku bermula sekarang sehinggalah majlis perkahwinan.
  8. Pengantin yang akan memilih make-up artist saya pada hari perkahwinan.
  9. Saya akan pakai baju yang dipilih pengantin tak kisah lah kalau saya ada pendapat lain mengenai stail dan warna.
  10. Saya tak akan pakai aksesori berlebihan semasa majlis perkahwinan kecuali cincin kahwin atau pertunangan.
  11. Saya tak akan mengandung secara sengaja sebelum majlis perkahwinan. (Kandungan di bawah lima bulan tak akan diberi pengecualian untuk hadir ke wedding)
  12. Saya akan menyokong pengantin dalam apa saja pilihannya.
  13. Saya tak akan minum lebih 7 unit alkohol dalam mana-mana majlis kecuali semasa bachelorette party.
  14. Saya tak akan membawa mana-mana pasangan di majlis perkahwinan atau majlis resepsi tanpa kebenaran pengantin.
  15. Saya tak akan membawa orang luar, kecuali kanak-kanak semasa mana-mana perjumpaan.
  16. Saya tak akan membawa anak-anak saya semasa majlis perkahwinan melainkan mereka terlibat pada hari itu. (Tak ada kompromi)
  17. Saya akan pastikan saya sudah mengupah babysitter pada hari majlis dan saya tahu alasan untuk tidak datang ke majlis perkahwinan sebab tiada babysiter untuk menjaga anak adalah tidak diterima.
  18. Saya tak akan mendekati mana-mana lelaki semasa majlis perkahwinan.
  19. Saya tak akan menjalinkan hubungan dengan sesiapa pada hari perkahwinan jika saya masih single semasa hari saya menandatangani kontrak.
  20. Saya akan sentiasa gembira dan positif sepanjang majlis perkahwinan dan resepsi.
  21. Saya tak akan arah atau menjadi sensitif dengan pengantin sebab saya faham sikapnya yang bossy.
  22. Saya tak akan overshadow pengantin.
  23. Saya akan menggayakan rambut dengan gaya yang dipilih pengantin pada majlis perkahwinan.
  24. Saya faham yang saya perlu membeli baju, kasut dan gaya rambut sendiri untuk majlis perkahwinan.
  25. Saya faham yang saya perlu membeli T-sirt untuk bachelorette party dan bayar kos perjalanan sendiri.
  26. Saya faham yang maid of honour mungkin perlukan bantuan kewangan dalam mana-mana majlis. (Wedding dan resepsi tak termasuk)
  27. Saya faham yang bachelorette party mungkin dilakukan di luar kawasan.
  28. Saya faham yang pengantin tidak mahu apa-apa cadangan untuk majlis perkahwinan. Cadangan yang diterima hanyalah jika boleh dapatkan mana-mana item dengan harga lebih murah.
  29. Saya tak akan drop out dari wedding tanpa sebab yang disenaraikan di atas. Jika saya tak suka mana-mana syarat yang ditetapkan, saya tak akan tandatangan kontrak dan akan digantikan. Ini tidak akan menjejaskan hubungan saya dengan pengantin. Tapi, jika saya sudah tandatangan dan kemudian tak setuju, hubungan saya dan pengantin akan terjejas.
  30. Saya faham yang semua orang akan dilayan sama rata semasa majlis perkahwinan walaupun saya kawan kepada pengantin.
  31. Saya faham yang saya mungkin perlu lakukan aktiviti fizikal semasa majlis resepsi dan perlukan latihan yang akan dibekalkan oleh pengantin.
  32. Pemakaian contact lenses berwarna adalah tak dibenarkan.
  33. Tak boleh melukis kening. (Melainkan dibenarkan pengantin)
  34. Tak boleh pakai lip gloss, terutama sekali yang berkilat dan berwarna terang.
  35. Kuku saya tak boleh berwarna kecuali warna American, French atau Nudes.
  36. Saya akan bekalkan pengantin rutin harian saya selama tujuh hari dalam masa lima hari selepas tandatangani kontrak.
  37. Saya setuju untuk menyimpan sekurang-kurangnya $50 satu bulan untuk perbelanjaan bagi 14 bulan seterusnya.

Aduh, pening admin baca peraturan ni. Apa pendapat korang?

Sumber: Mirror

Baca: “Dalam ramai-ramai, sekor pun tak membantu!”-MUA Ini ‘Sound’ Bridesmaid Supaya Tak Buat Perangai Diva & Menyusahkan Pengantin.

Feat 5 E1609654393910

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.