in

Tak Boleh Terima Suami Kena Bawa Pergi Hospital Sebab Covid-19, Isteri Lumur Najis Dekat PPE Frontliner

Ppe2

Gara-gara bengang suami harus dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan susulan akibat positif Covid-19, si isteri tergamak lumurkan najis di PPE 3 anggota pekerja barisan hadapan.

Ekoran itu, si isteri dari Surabaya itu kini sedang disiasat kerana menghalang petugas kesihatan melakukan tugas mereka untuk mengendalikan pesakit yang ada masalah penyakit berjangkit.

Kata polis, Sudamiran, pihaknya kini sudah ambil keterangan terhadap 7 orang saksi termasuklah petugas kesihatan dan pengadu.

 

Seterusnya kami akan memanggil suspek untuk memberi keterangan berhubung dengan insiden tersebut”

5F74B72D06Cf9

Ia bermula apabila ada seorang pesakit menjalani ujian saringan pada 23 September lalu sebelum disahkan positif pada 28 September. Lapor Kompas.

Disebabkan itu, petugas kesihatan membuat pengesanan kontak rapat pesakit tersebut iaitu suami kepada wanita yang melakukan onar kepada petugas-petugas.

“Lelaki itu disahkan positif Covid-19 dan harus dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut” – Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat, Pemerintah Kota Surabaya, Febriadhitya Prajatara.

Najis

Namun begitu, isteri dan anak keduanya tak boleh terima sampai petugas-petugas kesihatan terpaksa berbincang dengan anak sulung.

Selepas ia mendapat persetujuan daripada pihak keluarga pesakit, mereka terus membawa lelaki tersebut ke hospital tetapi si isteri tak boleh terima sampai bertindak melumurkan najis dekat PPE petugas.

 

Baca : Berjam-jam Pakai Sut PPE Sampai Sesak Nafas, Frontliners Rebah Bawah Meja

Ppe

Sumber: Kompas
Sumber: YouTube