in

“Tak boleh claim hadiah la eh”- Kes Anjing Diconteng Seperti Harimau, Rupanya Berlaku di Luar Negara

Feat 15

Sebelum ini viral kes seekor anjing yang diwarnakan seperti harimau sehingga pihak Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) memuatnaik perkara itu di posting facebook mereka.

Malah PHM turut menawarkan hadiah misteri kepada pemberi maklumat jika kejadian itu berlaku di dalam negara.

Bantu Animal Malaysia cari tahu lokasi di mana dan milik siapa?Hadiah misteri menanti kepada pemberi maklumat lengkap…

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Jumaat, 28 Ogos 2020

Terbaru, menerusi Harian Metro, PHM mengesahkan yang kejadian tersebut berlaku di luar negara.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata ia hasil maklum balas yang diterima PHM selepas mereka memuatnaik gambar anjing tersebut di facebook mereka, dengan menawarkan hadiah misteri kepada pemberi maklumat.

Kami dimaklumkan mungkin kejadian berlaku di Vietnam, Filipina atau Venezuela.

“Kita sangat berharap kejadian ini tidak berlaku dalam negara,”

Katanya tujuan mereka menularkan kes tersebut ada bagi mendapatkan maklumat sahih sekiranya berlaku penganiayaan haiwan dalam negara.

Ujar Arie lagi, meskipun dimaklumkan kes tersebut berlaku di luar negara, pihaknya tidak akan menerima bulat-bulat perkara itu memandangkan tiada fakta yang kukuh berhubung kerjadian tersebut.

 

Baca : Anjing Diwarna Jadi Harimau, Persatuan Haiwan Malaysia Kini Buru Pelaku!

Cats 24