in

“Tak benarkan ambil video & gambar sebab tak mahu proses vaksinasi lambat” – Timb. Menteri

Fi Rekod

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua menjak ni, kecoh apabila terdapat insiden dimana didakwa beberapa individu menerima suntikan vaksin kosong. Perkara ini menjadi bualan ramai, apabila beberapa buah video yang berlaku di beberapa buah PPV menunjukkan keadaan yang hampir sama.


Oleh yang demikian, orang ramai mula berasa panik dan paranoid untuk menerima suntikan vaksin sebab takut kalau insiden sebegitu terjadi pada mereka.

Dalam pada itu Timbalan Menteri Sains, Tenaga & Inovasi Malaysia, Datuk Ahmad Amzad Hashim, memaklumkan supaya orang ramai tak ambil gambar atau merakam video sebab boleh melambatkan proses vaksinasi di PPV lapor Kosmo!.

Rekod 1

Walau bagaimanapun, penerima vaksin dibenarkan untuk meminta petugas menunjukkan sukatan vaksin pada picagari sebelum suntikan dibuat.

“Setakat ini, kita tidak membenarkan (pengambilan video dan gambar) kerana tidak mahu proses vaksinasi di PPV menjadi lambat.

“Begitupun, penerima vaksin Covid-19 digalakkan untk meminta petugas PPV menunjukkan picagari kepada mereka sebelum suntikan dilakukan,” 

Menurutnya lagi, kementeriannya telah mengarahkan petugas di PPV menunjukkan picagari kepada setiap penerima vaksin sebelum dan selepas suntikan dibuat.

Tambah beliau lagi, inisiatif ini diambil untuk memberi keyakinan kepada penerima bahawa suntikan yang akan diberi memang mengandungi cecair vaksin Covid-19.

Jadinya siapa yang ambil vaksin lepas ni, minta petugas tunjukkan sukatan vaksin tu okay.

 

Baca : “Mungkin kerana penat” – Timb. Menteri Kesihatan Jawab Isu Petugas Suntik Vaksin Kosong

Fi Vaksin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.