in

“Mungkin kerana penat” – Timb. Menteri Kesihatan Jawab Isu Petugas Suntik Vaksin Kosong

Fi Vaksin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua menjak ni, kita ada dengar beberapa kes yang mendakwa petugas kesihatan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menyuntik picagari yang kosong kepada penerima vaksin.


Perkara ini mendapat maklum balas daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, yang menyifatkan bahawa petugas kesihatan yang terlibat berada dalam keletihan. Beliau juga menyatakan bahawa petugas mengalami keletihan diminta untuk memberitahu keadaan mereka supaya dapat direhatkan.

Vaksin 2

Tambahnya lagi, perkara ini boleh berlaku kerana petugas-petugas kesihatan perlukan rehat dan mereka semestinya keletihan selepas lebih setahun mereka bertugas melawan penularan wabak Covid-19 ini.

Selain itu juga, beliau menyatakan isu berkaitan penggunaan picagari kosong yang dah viral ada sebanyak tiga kes dan masih dalam siasatan polis. Di samping itu juga, ada kes melibatkan petugas kesihatan di Sungai Petani Kedah, dah diberi teguran dan tindakan menurut Utusan Malaysia.

“Pada pendapat saya, jika mereka (petugas kesihatan) letih, mereka mesti bercakap, kongsi masalah dan jangan diamkan sahaja, mereka perlu meminta direhatkan.

“Kerana kalau letih namun diteruskan juga, maka, kerja akan jadi tidak produktif, tidak terbaik. Kita bimbang kerana pemberian vaksin ini satu perkara yang sangat serius kerana ia melibatkan kesihatan dan nyawa orang.

“Kalau kesilapan itu berlaku disebabkan letih, petugas kesihatan patut rehat, namun, kalau disengajakan, ia perkara yang sangat jahat dan tindakan sepatutnya perlu diambil jika terbukti,” katanya.

Menurut sumber, beliau memberi maklum balas berkenaan isu itu selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) hari ini.

 

Baca : “Saya dimarahi kerana rakam video” – Individu Buat Laporan Polis, Dakwa Terima Suntikan Vaksin ‘Kosong’

Foot Vaksin

Sumber: theSundaily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.