in

“Tak ada pemain nak main untuk kalah” – Beregu Badminton Negara Dikecam Netizen, LCW Tampil Pertahan

Dlcww

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Datuk Lee Chong Wei selaku Ketua Kontijen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 ternyata kecewa atas komen serta kecaman netizen terhadap pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying selepas kekalahan mereka di temasya tersebut.


Cps1 4

Menerusi status pendek di Facebooknya, Lee Chong Wei tampil untuk mempertahankan kedua bekas rakan sepasukannya itu daripada komen negatif dan kritikan yang diterima hebat oleh mereka.

“Saya kecewa dengan banyak komen dalam talian yang menyalahkan pemain badminton kita ketika mereka kalah. Sebagai bekas rakan sepasukan, saya sangat menyayangi mereka.

Menurut perkongsian ringkas LCW tersebut, beliau akui bahawa cukup mengenali kedua pemain beregu campuran ini, dan mereka berdua sudah berikan yang terbaik untuk negara di setiap perlawanan.

Goh Liu Ying Olympics Rio Journey Ca

Malah, tambah LCW lagi, kedua individu ini biasanya akan turun gelanggang dengan satu misi, iaitu untuk menang, demi bendera di dada, demi kebanggaan Malaysia.

“Tiada atlet yang ingin bermain untuk kalah, kenyataannya, dalam satu perlawanan, pasti ada yang menang, ada yang kalah” tambah LCW.

Dalam masa yang sama, bekas pemain nombor satu dunia tersebut turut meminta warganet supaya hentikan semua mesej negatif kepada pasukan badminton negara sambil mengingatkan bahawa pasangan yang sama pernah membanggakan negara.

“Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, pemain muda, saya bangga terhadap anda. Rakyat Malaysia yang sejati, bangga dengan anda” – LCW

Selepas tewas pada perlawanan pertama kepada pasangan Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet 18-21, 21-10, 16-21, pasangan nombor tujuh dunia itu tewas pula kepada pasangan Jerman Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich 12-21, 15-21, semalam.

Ini bermakna, mereka gagal layak ke suku akhir acara beregu campuran selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan Kumpulan D di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo.

Menjenguk ke ruangan komen di Facebook jaguh badminton negara tersebut, rata-rata bersetuju dengan status yang dimuatnaik LCW, tak kurang juga yang memberikan kata-kata sokongan kepada kedua pemain beregu campuran tersebut yang dijadualkan bakal bertemu pasangan nombor tiga dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Dong Ping pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Liu Ying

Netizen ni pun, kalau tak ada benda baik nak cakap, elok jangan cakap lah. Kita tak tahu apa yang atlet ni dah korbankan sepanjang karier mereka. 

 

Baca : “Who is koyak now?” – Aktivis Ini Perlekeh Malaysia Lepas Israel Raih Pingat Pertama Olimpik 2020

Cover 24

Sumber: Utusan
Sumber: Buro 247
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.