in

“Tak ada otak!” – Netizen Bengang Laluan Pejalan Khas OKU Dijadikan Tempat Parkir Motor Orang Tak Prihatin

F Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Tak ada otak!" - Netizen Bengang Laluan Pejalan Khas OKU Dijadikan Tempat Parkir Motor Orang Tak Prihatin
Loading
/

Kemudahan infrastruktur yang telah disediakan kerajaan setakat ini masih boleh dibanggakan di mata dunia. Kita sudah ada perkhidmatan awam yang canggih seperti MRT, tempat duduk khas bagi golongan wanita mengandung dan orang tua serta tak dilupakan kemudahan asas khas bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Namun, kemudahan asas kelas pertama yang disediakan kerajaan ini seperti tidak serasi dengan minda kelas ketiga yang dimiliki masyarakat. Lebih menyedihkan apabila kemudahan yang sepatutnya digunakan oleh golongan OKU telah disalahguna.


Melalui perkongsian Firdaus Hairi di Facebook, dia telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap segelintir masyarakat yang menyalahguna laluan khas untuk golongan istimewa. Menerusi video yang dimuat naik, penunggang motosikal dilihat dengan sesuka hati telah memarkir kenderaan mereka di laluan pejalan kaki OKU. Ish, ish, ish! 

“Kemunculan status kali ini bukan sekadar perkongsian, tapi perlukan penjelasan dan tindakan. Setelah lama terpaksa berdiam diri, kini terluah juga. 

“Laluan yang setiap hari pagi dan petang dilalui kini terhalang dengan longgokan motor dan terkadang kereta juga turut ada. Di atas laluan pejalan kaki orang buta bukan tempat parkir kenderaan atau menjadi tempat memacak tiang gerai jualan,” luahnya.

25396231 1683119575071422 6829077562193797821 N
sumber: facebook
Gahsgouag
sumber: facebook

Malah slogan yang selalu disebut-sebut sebagai ‘Masyarakat Prihatin’ dan ‘Santuni OKU’ itu sekadar di bibir saja tanpa penguatkuasaan undang-undang yang ketat terhadap salah laku seperti ini.

Mana perginya slogan MASYARAKAT PRIHATIN, mana dia SANTUNI OKU, ke mana hilang BADAN-BADAN DAN NGO-NGO yang hebat bertempik untuk membela kebajikan OKU?” 

Tambahnya lagi, adakah pihak berkuasa hanya menunggunya bersama anak dan isteri cedera ataupun terkorban barulah perkara ini akan diambil tindakan? Pengawal keselamatan dan penduduk di kawasan terbabit juga seakan-akan menafikan kewujudan mereka anak beranak yang berulang alik di kawasan tersebut hampir setiap pagi dan petang. 

Okukesian
sumber: facebook

Susulan daripada entri tersebut, rata-rata netizen telah meluahkan kekecewaan sikap sesetengah masyarakat yang tidak prihatin dengan golongan OKU. Bagi netizen, mereka yang tidak bertanggungjawab ini seperti ‘tiada otak’ dan kesedaran sivik dalam memahami kepentingan laluan pejalan kaki kepada golongan istimewa.

Oku 3
sumber: facebook
Oku 4
sumber: facebook
Tak Ada Otak 1
sumber: facebook
Oku 5
sumber: facebook

Diharapkan isu seperti ini tidaklah diambil ringan oleh pihak bertanggungjawab kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa golongan OKU yang terdedah kepada bahaya. Bagi pemilik kenderaan dan orang awam, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan janganlah ‘cabul’ hak golongan istimewa yang telah disediakan kerajaan. 

Jadilah masyarakat minda kelas pertama yang bijak dan prihatin dengan golongan OKU yang memerlukan! 

Baca: Orang Ramai Herdik Pegawai MBPP Kerana Clamp Kereta Wanita yang Bawa Ibu OKU

Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.