in

“Jangan risau, kita simpan rekod” – Daftar Vaksin Awal Tapi Tak Keluar ‘Berjaya Mendaftar’? Ini Penjelasan KJ…

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak My Sejahtera dah keluarkan update untuk daftar vaksin, ramai yang ambil peluang ni untuk daftar cepat-cepat sebab nak masuk giliran.

Tapi semalam, salah seorang netizen beritahu yang kita perlu semak semula pendaftaran sebab kalau betul dah daftar, kita akan dapat page mengatakan kita telah berjaya mendaftar.


Evjjg8Pviaexltn

Katanya lagi, kalau sebelum ini kita daftar dan keluar imej seperti dekat bawah ni, maknanya pendaftaran kita haritu tak masuk dalam data dan perlu register semula.

Evjjha6Veambhnl

Rupanya ramai yang tak dapat page “berjaya mendaftar” tu, dan terpaksa daftar semula. Netizen mula mempersoalkan perkara ini kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di Twitter kerana rata-rata risau sebab perlu “beratur balik” walaupun haritu dah daftar awal.

Screenshot 2021 03 04 At 11.23.14 Am Down

“Jangan risau, kita simpan rekod”

Ekoran dari pertanyaan dan kekeliruan dari orang ramai ni, KJ telah pun jelaskan yang aplikasi My Sejahtera kini sedang buat update user interface (UI) untuk pastikan orang ramai yang dah daftar vaksin akan dapat gambar macam dekat bawah ni.

Evmbc3Auuaaykej

Tunggu untuk dapat update ni dan tak payah daftar semula. Tapi untuk sesiapa yang dah daftar semula dan tengok tarikh pendaftaran bukan tarikh pertama anda mendaftar, jangan risau, kami simpan rekod dan temujanji akan diberikan berdasarkan pendaftaran kali pertama.”

Screenshot 2021 03 04 At 11.34.57 Am

Fuh… Lega! Ingat kena beratur balik

 

Baca: ‘VVIP’ Atau Sesiapa Yang Potong Barisan Dapatkan Vaksin, Bakal Didenda Sehingga RM10,000

Screenshot 2021 03 04 At 11.43.54 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.