in

“Bagi menantu jawatan dlm Prasarana” – Lepas Kes Langgar SOP, Tajuddin Ditahan SPRM Pula Kes Salah Guna Kuasa

Ft Tajuddinsprm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berkenaan kes melanggar SOP tidak memakai pelitup muka. Terbaru, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula.


Sumber mengesahkan penahanan beliau itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan terhadap kes salah guna kuasa, lapor Harian Metro.

Tajuddin1

Tajuddin disahkan telah hadir memberi keterangan semalam berhubung siasatan menggunakan kedudukannya melantik menantunya memegang jawatan dalam Prasarana. Menurut sumber,

Tajuddin bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas itu. Siasatan akan dilakukan i bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.”

Sementara itu, menurut sumber FMT, SPRM mahu menyiapkan kertas siasatan untuk pertuduhan itu tidak lama lagi. Untuk rekod, Tajuddin dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada 11 Mei tahun lalu dan perkhidmatannya telah ditamatkan berkuat kuasa serta merta selepas dipersetujui oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

E2T3Rl7Voaalqvh

 

Baca: “I can do other work” – Ini Respon DS Tajuddin Selepas Ditamatkan Perkhidmatan Sebagai Pengerusi Prasarana Serta Merta

Collage 45

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.