in

Tabiat Tidur Selepas Pukul 11 Malam Akan Buat Anda Kelihatan Tua

Cover 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini yang suka melayari Facebook dan TikTok sebelum tidur? Harus diakui, kadang-kala kita akan melayari media sosial sebelum waktu tidur untuk memenatkan mata, tanpa kita sedar yang kita sudah bermain telefon terlalu lama dan tidur lewat.


Meskipun purata waktu tidur untuk setiap manusia adalah berbeza, namun orang dewasa dinasihatkan untuk tidur selama 7 hingga 9 jam pada setiap malam. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa.

Tidur lambat akan buat nampak tua?

Menurut seorang pakar kulit dan kulit kepala, Geoff Wright, badan manusia mempunyai ‘jam badan’ di mana sistem kulit dan kulit kepala akan melembap secara semulajadi pada pukul 8 malam hingga 11 malam pada setiap hari.

Ageing Man In Mirror

Sementara waktu selepasnya iaitu pada 11 malam hingga 3 pagi pula adalah waktu di mana kulit melalui proses penjanaan dan penutrisian. Proses penjanaan sel-sel lama ke sel baru hanya dapat dilakukan pada waktu malam, semasa anda sedang tidur.

Jadi, kerap tidur lambat juga akan membuatkan anda kelihatan penat dan tidak bermaya, sekaligus membuatkan wajah anda nampak kurang berterampilan.

Susah tidur?

Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda sukar untuk tidur meskipun sudah lama baring di atas katil? Menurut Dr. Kulreet Chaudhary, hormon melatonin yang dihasilkan oleh badan akan membuat anda tidur nyenyak.

Jadi, semakin tinggi tahap melatonin anda, semakin mudah untuk anda tidur. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan tidak bermain telefon pintar atau laptop sebelum waktu tidur kerana ia boleh menghalang penghasilan melatonin dalam badan.

Juga, elakkan makan juadah berat sebelum tidur kerana ia akan membuat badan anda sibuk dengan proses pencernaan makanan, di saat anda patut tidur lena.

Jadi, tidak guna jika anda menghabiskan ratusan ringgit untuk produk kecantikan kulit muka jika anda tidak menjaga tidur dengan baik. Ayuh tidur awal!

 

Kredit: HewWorld

BACA: Rasa Kebas Lepas Bangun Tidur? Mungkin Petanda Untuk 5 Masalah Kesihatan Ini

Aaa 1

Sumber: Sumber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.