in

“Syarikat penerbangan lumpuh” – Selepas Air Asia, Giliran Malindo Airways Pula Berhentikan 2,200 Pekerja

Bb 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pandemik Covid-19 ini banyak memberi kesan kepada ekonomi negara lebih-lebih lagi sektor penerbangan yang diibaratkan seperti sudah ‘lumpuh’.



Dengan penerbangan antarabangsa dan domestik yang dihadkan, sudah pasti sedikit sebanyak memberi kesan kepada pihak syarikat penerbangan untuk mengekalkan momentum perniagaan.

Terbaharu, Malindo Airways Sdn Bhd melaporkan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih dijangka akan diberhentikan. Ini adalah lebih separuh dari jumlah semua tenaga kerjanya iaitu sebanyak 3,200 kakitangan.

B 2 6

Bukan itu sahaja, Syarikat penerbangan itu juga kemungkinan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR sahaja.

“Proses pemberhentian kerja kakitangan yang terbabit dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai,”

B1 7

 

AirAsia dan MAS juga terima nasib yang sama

Sebelum ini, satu syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd juga mengumumkan sebanyak 10 peratus daripada 24,000 kakitangan mereka diberhentikan perkhidmatan.

Manakala nasib yang menimpa syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines pula didakwa sudah tidak dapat diselamatkan tatkala penularan wabak Covid-19 ini semakin teruk dan menjejaskan kewangan syarikat.

Sumber: Berita Harian

 

Sama-sama kita berharap agar syarikat penerbangan ini mampu bertahan sepanjang tempoh pandemik ini.

Baca: “Lengang, kosong!” – Netizen Kongsi Keadaan Terkini KLIA Selepas Ramai Diberhentikan Kerja

B2 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.