Sebuah video daripada seorang TikToker kini sedang menjadi tumpuan netizen apabila lelaki tersebut memuat naik satu hantaran mencari bakat untuk kandungannya yang kini tular biarpun ia telah dipadamkan daripada profil asal.
Ia tular kerana lelaki tersebut mencari bakat baru yang mengundang rasa musykil terhadap netizen kerana ciri-ciri yang dikatakan terlalu spesifik dan menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Artikel berkaitan : “Rasa marah, jijik” – Mekyun Terkejut Gambar Dikongsi Dalam ‘Grup Budak Sekolah’, Mohon Ramai Report
Artikel berkaitan : “Dulu buat tempat gantung kunci je” – Netizen Kagum Tengok Hasil Reka Cipta Budak Sekolah
Menerusi hantaran video yang kini sedang tular di platform X, lelaki tersebut mahukan talent pelajar perempuan yang masih bersekolah, jelasnya, ia bertujuan untuk ‘drama TikTok’ dan photoshoot.
Antara kriteria yang dimahukan oleh pemuda tersebut antaranya adalah mempunyai perwatakan menarik, tidak malu berdepan dengan kamera, fotogenik dan cantik itu adalah satu bonus dan satu lagi kriteria yang menjadi persoalan netizen adalah pelajar tersebut masih single.
“Talent yang aku nak mestilah dari Pontian, Simpang Renggam, Rengit, Batu Pahat, Benut, Kulai, Skudai, Kluang, dan mana-mana yang terdekat.”
Tindakan mencari perempuan bawah umur dan masih bersekolah itu telah membuatkan ramai menuntut sebab mengapa content sebegini harus dilakukan.
Risau pun ada, apapun kita tunggu respon daripada tuan empunya badan.
Sumber : X