in

Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Bukan Anggota JI – KPN

Ulu Tiram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, kecoh diperkatakan tentang isu Balai Polis Ulu Tiram di Johor yang diserang oleh seorang lelaki sehingga mengorbankan dua nyawa anggota polis.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada awalnya mengesahkan bahawa suspek yang telah ditembak mati di lokasi kejadian merupakan ahli kumpulan JI (Jemaah Islamiyah).


Ulu Tiram

Sebelum ini, pihak polis mengesyaki suspek yang berusia 21 tahun merupakan anggota kumpulan pengganas JI kerana bapa suspek telah dikenal pasti merupakan ahli kumpulan JI menerusi data PDRM.

Namun, siasatan terbaru oleh pihak polis mendapati bahawa suspek tidak berkait dengan kumpulan terbabit dan dia dipercayai bertindak sendirian, lapor Astro AWANI.

Artikel Berkaitan: “Lapor kes cabul 2 tahun lalu jam 2.30 pagi” – 2 Pelajar Disyaki Terlibat, Ini Kronologi Serangan Balai Polis Ulu Tiram

Artikel Berkaitan: 2 Lelaki Ditahan, Cuba Masuk Ke Dalam Istana Negara & Dakwa Mahu Jumpa YDPA

Suspek bukanlah dengan mana-mana kumpulan pengganas menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

2 3

Setakat ini, pihak polis masih lagi giat menyiasat untuk mengetahui apa motif suspek membuat serangan itu di balai polis di Ulu Tiram itu.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail iaitu Menteri Dalam Negeri juga memaklumkan kepada media ketika sidang media di Pejabat Polis Kontinjen Johor bahawa suspek bertindak sendirian menyerang balai polis berkenaan.

Difahamkan, setelah menemu bual 46 orang individu yang terkait dengan serangan itu, pihak polis membuat kesimpulan bahawa suspek tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan JI.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Kosmo
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.