in

Suspek Mangsa Kanak-Kanak Dip*kul Ditemui M*ti, Bapa Kanak-Kanak Rayu Doa Untuk Anak

collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun parah, dipercayai menjadi mangsa serangan menggunakan tukul besi dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Kedai Jelawat, Bachok.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam dan kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.


Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman mengatakan, pihak mereka menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu daripada seorang lelaki.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Diberkas Polis P*kul Kanak-kanak Perempuan Guna T*kul Besi Di Kepala

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan tukul di rumahnya sendiri. Mangsa dipercayai anak saudara kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Screenshot 2025 09 26 112737

Tambahnya, mangsa sebelumnya dihantar ke Hospital Bachok untuk rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian berikutan keadaannya yang kritikal.

“Keadaan mangsa sangat kritikal,” katanya.

Suspek yang juga merupakan bapa saudara kepada mangsa telah ditemui tidak bernyawa di Pantai Melawi.

Mohd Azrie berkata, pihak mereka menerima makluman menerusi panggilan telefon daripada orang awam mengenai penemuan jasad lelaki berusia 46 tahun.

“Siasatan mendapati suspek dijumpai mati pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.

3286557

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Muhammad Badrul, yang juga bapa kepada mangsa, memaklumkan bahawa keadaan anaknya kini kritikal dan rayu doa daripada semua semoga urusan anaknya dipermudahkan.

3286558

Sumber: sinarplus

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.