“Susah nak cari lelaki macam Alif ni” – Netizen ‘Meremang’ Bila Dengar Alif Satar Cerita Pengorbanan Isteri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bila bercakap pasal Alif Satar, benda yang ada kat dalam fikiran kita mesti semua benda yang baik-baik je kan? Susah betul nak dengar kontroversi pasal Alif ni, manalah peminat semua tak sayang dia.

Baru-baru ni, satu video temubual Alif dengan Zayan sekali lagi buat netizen semua tak boleh duduk diam dengan reaksi dari Alif. Mana taknya, sweet betul bila Alif describe wife dia. Bukan tu je, dari interview ni pun boleh nampak yang Alif ni memang respect dengan perempuan. Untung isteri dan anak-anak Alif ni.

Menurut Alif, isterinya yang menjadi pendorong semangat bila dia down dan sentiasa ada untuk dia. Bukan tu je, dia juga ceritakan bagaimana susahnya seorang ibu untuk jaga anak-anak setiap hari dan benda ni merupakan pengorbanan yang luar biasa bila menjadi ibu.

Disamping itu, Alif sempat juga share tips macam mana nak handle bila kita bergaduh dengan pasangan.

“Kena tahu when untuk back off. Better cool down and put my ego aside because I love you or I appreciate you.”

Bila ditanya macam mana untuk memahami pasangan dan hidup bahagia, Alif menjawab yang kita kena faham bahasa tubuh pasangan kita lepastu kena bagitahu pasangan yang kita ni hargai dorang.

Fuh, cara Alif appreciate wife dia ni memang buatkan semua netizen respect dengan dia tau. Siap offer lagi kalau ada lelaki macam Alif, wanita ni tak kisah pun berapa hantaran yang dia dapat. Biar betul ni?

Korang kena tengok video full dekat bawah ni:

Memang susah nak dapat lelaki macam Alif, tapi tak semestinya kalau orang tu tak macam Alif dia tak appreciate kita kan? So, sebelum korang nak pasangan korang appreciate korang, make sure korang appreciate pasangan korang jugak kay?

Baca: “Yes Alisha! Pinky lips for dada” – Alif Satar Pasrah Disolek Anak Sendiri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson