in

“Surau dah jadi tempat pemuas nafsu pulak”- [VIDEO] Lelaki ‘Kulit Gelap’ Raba Kemaluan Budak Di Surau

Featured 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Modus operandi yang sangat amatur…


“Memanggil budak ke tandas surau sebelum memeluk dan meraba kemaluan mangsa”

Itu kebiadaban yang dilakukan seorang lelaki yang kini diburu polis gara-gara bertindak memeluk dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun pada 13 Disember lalu.

Kejadian yang berlaku di tandas Surau Al Ikhlas Zon Mawar, Sungai Petani Kedah itu berjaya dirakam Kamera Litar Tertutup (CCTV) di surau berkenaan, lapor Awani.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, mangsa bersama sepupunya sedang bermain di taman permainan bersebelahan surau berkenaan.

“Suspek bertindak memanggil mangsa ke tandas surau sebelum memeluk dan memegang kemaluan mangsa.”- Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritenden Shamsudin Mamat

5 5
Sumber: facebook

Mangsa yang meronta kemudiannya berjaya melepaskan diri dan suspek kelihatan segera beredar dari tempat kejadian.

Mangsa kemudiannya dilaporkan mengadu kepada bapanya sebelum bapanya bertindak meminta rakaman cctv daripada pihak surau.

Rakaman cctv mendapati:

  • Lelaki dewasa bertubuh sederhana
  • Berkulit gelap
  • Memberhentikan motosikal berdekatan tandas surau
3 6
Sumber: facebook

Dilaporkan kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak polis kini sedang giat memburu suspek.

Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh kongsikan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda atau mana-mana balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

1 13
Sumber: facebook

Video boleh tengok kat SINI

 

Baca : Kalau nak lulus ikut cakap saya Guru Cabul 18 Pelajar Lelaki  Minta Mereka Bersumpah Atas Al Quran Untuk Tidak Cerita Dekat Parents

Guru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.