in

Sunway Lancar Aplikasi Super App Gaya Hidup Pertama Di Malaysia

Sunway

Sunway baru-baru ini melancarkan aplikasi gaya hidup serba lengkap dan baharu iaitu Sunway Super App edisi kedua di Sunway Theme Parks Mega Roadshow di mana ia mengandungi pelbagai promosi dan pakej-pakej menarik dengan kerjasama rakan kongsi Sunway dan jenama tempatan.

Untuk pengetahuan semua, Sunway Super App merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan penguna dari keseluruhan 13 badan perniagaan Sunway termasuk:

  • Sunway Theme Parks.
  • Sunway Malls.
  • Sunway Property.
  • Sunway Hotels & Resort.
  • Sunway Healthcare.

Stp Mega Roadshow Limited Edition Bm

Aplikasi ini juga memberikan akses kepada lebih dari 1,500 rakan niaga Sunway dan peniaga runcit seperti Foodpanda, Grabmaid, The Lorry dan banyak lagi.

Sunway Super App pada kali ini direka khas dengan ciri-ciri tumpuan pengguna yang memberi pengalaman yang lancar di setiap titik sentuhan.

Aplikasi ini juga merupakan dompet digital bagi kemudahan transaksi tanpa tunai dan pembayaran secara pantas untuk tempat letak kereta pintar di seluruh pusat beli-belah dan premis Sunway.

Selain itu, ada juga tawaran eksklusif aplikasi serta program menarik dan ganjaran tanpa had. Pengguna turut boleh menikmati manfaat program kesetiaan Sunway iaitu Sunway Pals untuk menebus mata ganjaran dalam aplikasi atau dengan peniaga yang mengambil bahagian.

Sunway Theme Parks Mega Roadshow, Sunway Pyramid

Lebih menarik pada kali ini, pengguna Sunway Super App dapat mengakses tawaran eksklusif daripada Sunway Theme Parks, Sunway eMall, Sunway Multicare Pharmacy dan banyak lagi yang hanya tersedia di Sunway Theme Parks Mega Roadshow.

Stp Mega Roadshow Promotion Bm

Pameran tersebut diadakan di beberapa lokasi pada tarikh berbeza di seluruh Malaysia bermula dari 9 Februari sehingga 5 Mac 2023.

Pakej menarik bagi Night Park juga menanti anda, di mana anda bakal menyaksikan penampilan budaya barat dengan slogan, “The Good, The Bad and The Wild”.

Tarikh Sunway Theme Parks Mega Roadshow:

  • Sunway Pyramid Mall, Sunway City Kuala Lumpur 
    • 9 Februari 2023 hingga12 Februari 2023
  • AEON Mall Tebrau, Tebrau City Johor  
    • 14 Februari 2023 hingga 19 Februari 2023
  • Sunway Big Box Retail Park, Sunway City Iskandar Puteri, Johor
    • 23 Februari 2023 hingga 26 Februari 2023
  • Sunway Carnival Mall, Penang
    • 2 Mac 2023 hingga 5 Mac 2023