in

“Sukar berjalan, solat terketar-ketar”- Anak Alami ‘Myo Kimia’ Angkara Pencemaran Sungai Kim Kim, Ayah Tekad Nak Saman?

Featured 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui situasi yang berlaku di Pasir Gudang sehingga melibatkan gangguan ke atas pelajar, guru dan masyarakat setempat.


Namun sehingga kini penyelesaian kepada masalah tersebut masih lagi belum mendapat kata putus.

Terbaru viral video seorang lelaki dikenali sebagai Idham Wazir ‘mengamuk’ ketika sesi Townhall Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin bersama pihak industri.

PENCEMARAN PASIR GUDANG : VIDEO KELUARGA MENGAMUK DI MAJLIS BERSAMA MENTERI ALAM SEKITARBaru ada akal! Soal nyawa jangan buat main-main!Info yang Ops Johor terima, program “Townhall bersama Menteri Alam Sekitar dia adakan siang tadi, kononnya sesi soal jawab menteri bersama pihak industri Yoe Bee Yin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Bakri, Asyik bincang je, tapi masalah tak selesai pun.Ada penduduk tempatan berkata, program sebegini sepatutnya diadakan bersama penduduk dan keluarga mangsa sekali, barulah mereka dapat tau apa perasaan kami. Orang tua mana yang tak kecewa dan sedih bila anak-anak mereka yang tidak bersalah jadi mangsa akibat kegagalan dan kelembapan kerajaan negeri mengurus masalah pencemaran. Bukan ke Kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan kecemasan berjumlah RM6.4 juta bagi kerja-kerja pembersihan dan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang dulu? Tak kan peruntukan hanyak begitu masih tak bersih lagi? Cuba dengar apa yang abang ni luahkan..“Dia akan ambil UPSR, he is top student, dalam masa beberapa bulan sekolah cuma buka 2 hari sahaja.maybe ini tidak terjadi pada keluarga u, anak u !, cuba u bayangkan ini terjadi kepada anak u !, duit ke bukan duit, duit datang dari poket saya yang keluar untuk hantar ke hospital !.kalau perlu tutup kilang, tutuplah kilang !, nyawa lagi penting !.dah 3 bulan dah berlaku, tolong take it serius la”Kepada Menteri Besar dan barisan kepimpinan Exco, janganlah lembab sangat, tak kesian ke pada mereka semua, dan cuba bayangkan jika ia berlaku pada keluarga korang sendiri,Salam kerajaan sepenggal!#OpsJohor

Posted by OPS JOHOR on Monday, July 1, 2019

Kalau korang boleh dengar melalui video tersebut, lelaki itu jelas kecewa dengan situasi di Pasir Gudang seolah-olah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab cuba lepas tangan.

Malah mangsa-mangsa pencemaran itu dibiarkan begitu sahaja.

Ini antara kata-kata lelaki tersebut.

“Dia akan mengambil UPSR bulan 9 . Sekarang, dalam masa beberapa bulan sekolah cuma buka 2 hari sahaja. Dan beliau merupakan pelajar terbaik.

Jika anda semua tidak serius mengenai perkara ini, apa akan jadi kepada anak-anak anda. Mungkin ia tidak melibatkan anak anda, keluarga anda. Duit bukan keluar dari poket anda. Duit poket saya yang keluar untuk hantar ke hospital…

Jika perlu tutup kilang anda, jadi tutuplah kilang anda! Nyawa lagi penting! Saya kecewalah! NATO.: No action Talk Only. Dah tiga bulan dah benda ni. .. Ambil seriuslah!”

Rupa-rupanya anak kepada lelaki tersebut iaitu  Irfan Wafi,12 tahun merupakan salah seorang mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim Pasir Gudang.

Malah sehingga kini dilaporkan keadaan anak lelaki tersebut masih belum pulih sepenuhnya.

Posted by Ai Azman on Tuesday, April 16, 2019

Dah 3 bulan lepas kejadian Toksik Sg Kim Kim… tp Irfan Masih Tk boleh berjalan normal… ini yg korang kata sakit biasa biasa?

Posted by Idham Wazir on Tuesday, July 2, 2019

Korang boleh tengok keadaan adik Irfan ni macam mana, berjalan pun masih terketar-ketar lagi.

Malah nak lakukan aktiviti harian pun sukar terutama sekali bila nak menunaikan solat..Allahu admin tak boleh tengok keadaan adik Irfan ni.

Posted by Ai Azman on Tuesday, April 16, 2019

Memetik temubual Buletin TTKM bersama Idham Wazir, kata lelaki itu anaknya masih menerima rawatan di hospital.

“Dulu ketika kejadian (pencemaran sungai Kim Kim 3 bulan lalu) mereka hantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) , tetapi di sana tiada pakar dia. Pakar dia di pediatrik  Hospital Kuala Lumpur (HKL) . Kemudian, dari HKL, rawatannya sambung pula ke sini, setelah doktor memberikan nasihat, jadi berulang alik pula ke HSI.”

Yang lebih menyedihkan tiada pihak yang ingin bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.

Mereka senyap. Saya sendiri keluarkan duit. Itulah yang saya geram tu. (Pada sesi town hall tersebut) kilang tu boleh kata tak nak keluarkan duit, menteri pula minta kilang beri cadangan. Dah terbalik pula tu. Tiada pembelaan.”

Katanya disebabkan itu dia kini sedang menubuhkan persatuan, yang mewakili ratusan mangsa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Selepas selesai dengan urusan penubuhan dengan ROS, kami akan failkan saman di mahkamah.Ramai yang hendak disaman. Kilang, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan pengairan dan Saliran, Majlis perbandaran pasir gudang. Perinciannya ada pada peguam saya di Kuala Lumpur.”

 

Semoga yang menjadi mangsa dapat pembelaan yang sewajarnya dan keadaan akan kembali pulih seperti sediakala.

Baca : Penduduk Pasir Gudang Berpotensi Menghidap Kanser Dan Rosak Organ Dalaman- Pensyarah Kanan Kimia

2 1

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.