in

“Enam orang disoal siasat tapi…”- Dua Wartawan Ditemui Mati Dalam Ladang Kelapa Sawit!

Lates

Dua orang wartawan dari Indonesia ditemui mati dengan kesan tikaman berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Sumatera.

Menurut malaymail, dua orang wartawan tersebut sebelum ini merupakan orang tengah antara syarikat kelapa sawit dengan penduduk setempat.

Mayat pertama, Maraden Sianipar ditemui pada Rabu dalam parit berhampiran ladang sawit di daerah Labuhan Batu, iaitu lapan jam memandu dari ibu kota Sumatera Utara.

Gambar hiasan

Manakala mayat kedua, Maratua Siregar ditemui di kawasan sama pada keesokan harinya.

“Ketika kedua-dua mayat ditemui, badan mereka penuh dengan kesan tikaman”

Ketua Polis tempatan, Agus Darojat memaklumkan yang enam individu telah disoal siasat namun setakat ini tiada suspek yang disyaki bagi kes tersebut.

Dilaporkan kedua-dua mangsa bekerja bagi portal berita tempatan sebelum jadi wartawan bebas pada 2017.

Salah seorang rakan mangsa memberitahu, yang Siregar (mayat kedua) baru-baru ini menjadi terkenal kerana ‘kelantangan’ mereka sebagai aktivis bagi isu-isu pertikaian tanah.

1 2
Sumber : malaymail

Menurut sumber, kedua-dua mereka sebelum ditemui mati, mereka berkempen untuk meyakinkan kerajaan supaya membenarkan penduduk tempatan bekerja di tanah yang menjadi pertikaian tersebut.

Dalam pada itu, Persatuan Wartawan Indonesia mengutuk kematian tersebut selain menuntut pihak berkuasa untuk menyiasat kes tersebut dengan teliti.

Sebelum ini dilaporkan banyak kes yang tidak diselesaikan melibatkan kekejaman dan keganasan ke atas wartawan di Indonesia, dengan sekurang-kurangnya 24 kes bagi tahun ini sahaja sehingga kini.

Untuk rekod, Indeks Kebebasan Media 2019 meletakkan Indonesia di kedudukan 124 daripada 180 buah negara.

 

Uishhh kejamnya!

Baca : Renoma pun renomalah Bekas Wartawan Kongsi Kisah Lawak, Suspek Sanggup Tutup Muka Dengan Spender Sebab Tak Mahu Dirakam Media!

Suspek