Korang dah kahwin belum? Haa ni kalau korang dah kahwin, korang kena extra berjaga kalau nak pegang tangan pasangan korang. Bukan apa, baru-baru ni ada pasangan yang dah sah berkahwin, ditegur oleh ‘Pihak Berkuasa Agama’ yang katanya tak boleh berpegangan tangan di tempat awam.
Menurut pengguna Facebook Julissa Hisham II, dia dan pasangan telah ditegur oleh ‘ Pihak Berkuasa Agama’ tersebut. Menyangka mungkin mereka tersilap, mangsa telah menunjukkan bukti bahawa mereka ialah pasangan yang sah. Tapi, mereka tak minta maaf kepada pasangan tersebut. Ini penjelasan mangsa.
Tegur kurang ajar, siap rakam lagi..
Kalau tegur cara kurang ajar siapa tak marah kan? Ni siap rakam lepas dah tegur. Macam ni ke SOP ‘Pihak Berkuasa Agama’?
Yang kami pelik, adik mangsa ada sekali sewaktu kejadian dan dia jugalah yang ambil gambar mereka. Takkan ‘Pihak Berkuasa Agama’ ni tak alert langsung kot?
Dah kantoi buat kerja tak ikut SOP lagi nak cakap banyak
Mangsa cuba mengalih perhatian mereka ke tempat lain, bukan nak menghalau tapi nak tunjuk ada pasangan lain lagi yang berduaan. Persoalannya kenapa yang dah kahwin dilakukan sebegini? Kami pun bingung
Apa-apa pun kita doakan lah yang terbaik untuk pasangan ni. Semoga dipermudahkan urusan di masa akan datang. Minta-mintalah kita takkan lalui macam yang pasangan ni kena.
Dan kepada mana-mana ‘Pihak Berkuasa Agama’, tegurlah dengan beradab. Kalau tersilap tu, minta maaf lah. Tak perlu keruhkan keadaan.
Untuk menonton video klik SINI