in

Suka Berkhemah Tapi Takut Hujan? Boleh Guna Tips Ini Sebagai Persediaan

Page Khemah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min yakin dan percaya, bila dah boleh rentas negeri, macam-macam aktiviti yang korang semua dah masuk dalam bucket list kan? Bak kata orang, kasi lepas geram sebab hampir dua tahun kita terperap je dalam rumah akibat Covid-19.


Sekarang, kalau hujung minggu sahaja, mesti media sosial akan meriah dengan gambar-gambar aktiviti luar yang dikongsikan. Trend yang tengah ‘hot’ di kalangan pencinta aktiviti lasak sekarang adalah aktiviti berkhemah di tepi sungai ataupun di dalam hutan.

Namun, keseronokan berkhemah mungkin sedikit terganggu sekiranya tiba-tiba hujan kerana aktiviti jadi terbatas. Oleh itu, ada beberapa tips yang boleh digunakan sebagai persediaan untuk elakkan bosan semasa hujan ketika berkhemah.

1. Sediakan beg kalis air

Beg Kalis Air

Kalau pergi berkhemah, pastikan bawa beg kalis air untuk mengelakkan barang-barang seperti pakaian ataupun gajet daripada basah terkena air hujan. Walaupun khemah yang telah dipacakkan juga kalis air, tetapi beg kalis air juga amat berguna kerana khemah berisiko tinggi untuk dimasuki air sekiranya hujan lebat bila-bila masa.

2. Alih khemah ke tempat yang rata

Khemah

Tips yang kedua untuk pastikan aktiviti perkhemahan tidak terjejas dengan cuaca hujan adalah alihkan khemah ke tempat yang rata dan bukannya cerun. Ini kerana, kawasan cerun akan menyebabkan air bertakung. Jadi, pastikan khemah korang berada di tempat yang rata okay?

Bukan itu sahaja, sesiapa yang pergi berkhemah berdekatan dengan kawasan bukit atau gunung, pastikan khemah tidak berada di bawah kaki bukit kerana ia merupakan kawasan yang senang menjadi tempat laluan air.

3. Lapik terpal dalam khemah

Terpal

Kalau korang dah biasa berkhemah, sudah semestinya tahu terpal sering digunakan untuk mengekalkan kelembapan khemah dengan meletakkannya di luar khemah. Malah, terpal juga digunakan untuk mengelakkan duri atau ranting tajam daripada merosakkan khemah.

Tetapi, terpal juga sangat berguna ketika hujan, yang mana ianya boleh dibentangkan di dalam khemah untuk mengelakkan air dari meresap masuk ke dalam khemah. Kalau nak tahu, terpal ni juga boleh dijadikan sebagai beg tidur!

4. Sediakan makanan yang siap tersedia

Biskut

Bila pergi berkhemah, mesti seronok kalau kita masak kat tapak perkhemahan kan? Baru rasa macam betul-betul enjoy aktiviti berkhemah tu. Mana taknya, kalau tengah sejuk-sejuk makan makanan panas yang baru lepas masak, memang layan…

Namun, sekiranya hujan terlalu lebat, agak susah untuk masak di luar khemah. Jadi, korang kena pastikan ada plan lain untuk dijadikan sebagai menu semasa hujan lebat. Makanan yang sedia ada seperti roti, biskut dan juga jajan amatlah digalakkan untuk dibawa semasa berkhemah kerana tak perlu dimasak.

5. Bawa permainan

Dam Ular

Semasa berkhemah sudah semestinya aktiviti luar yang lasak seperti berbasikal, memancing dan juga jungle trekking akan menjadi pilihan untuk dilakukan. Tetapi sekiranya hujan, aktiviti-aktiviti ini tidak boleh dilakukan demi menjaga keselamatan diri. Oleh itu, masa akan banyak dihabiskan di dalam khemah.

Jangan risau, sekiranya hujan semasa berkhemah, korang semua disarankan untuk membawa permainan yang boleh dimain di dalam khemah. Permainan yang dikatakan adalah seperti catur, dam ular dan juga daun terup. Buku juga boleh dibawa semasa berkhemah untuk menghilangkan bosan buat seketika sementara menunggu hujan untuk reda.

Kalau korang nak berkhemah, nak ke mana je? Meh lah share dengan Min hehehe…

Sumber: K!Online

Baca: “Pastikan negara tu terima passport Malaysia” – Cik Epal Kongsi Tips Bercuti ke Luar Negara Lepas Border Buka

Untitled 3 6

Sumber: Special4U
Sumber: Sky Hope
Sumber: Banggood
Sumber: Motherhood
Sumber: Iamlejen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.