in

Sudah Hilang Kepercayaan Pada Zahid Hamidi, Tan Sri Noh Omar Umum Letak Jawatan Dalam UMNO

F3 Nolj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan parti Barisan Nasional dan UMNO yang hanya mampu memenangi 30 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU15) semalam, dapat dilihat bahawa ada ramai juga netizen yang menggesa Pengerusi BN iaitu Ahmad Zahid Hamidi untuk letak jawatan.


Ini berikutan ramai yang mengatakan mereka tidak mengundi calon BN dalam PRU kerana tidak mahu Zahid Hamidi berkuasa.

Anda boleh baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut.

Namun, Tan Sri Noh Omar yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor pula baru sahaja mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan dalam UMNO kerana beliau sudah hilang kepercayaan kepada Zahid Hamidi.

10 1 1

Memetik laporan Harian Metro, peletakan jawatan Noh Omar dalam UMNO itu telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau hadir ke Mesyuarat Politik Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn.

Perkara tersebut juga telah diumumkan kepada kepimpinan tertinggi UMNO yang lain yang turut hadir ke mesyuarat terbabit.

11 1 1

Menurut beliau juga, beliau tidak dipanggil untuk berbincang sebelum tidak dipilih sebagai calon bertanding di Parlimen Tanjong Karang.

Cara digugurkan daripada menjadi calon itu seolah-olah parti tidak menghargai apa yang saya buat untuk bangunkan UMNO Selangor,” katanya.

Walau bagaimanapun, Noh masih lagi akan menghadiri mesyuarat UMNO seperti biasa kerana beliau masih lagi memegang jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Bercakap mengenai sesetengah ahli UMNO yang mendesak Zahid Hamidi meletakkan jawatan pula, beliau mendedahkan bahawa perkara tersebut telah diperkatakan dalam mesyuarat mereka.

Namun, itu terpulang kepada dia,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Free Malaysia Today

Baca: “Kecundang bukan maksudnya lemah”- Rina Harun Akur PRU Kali Ini Bukan Rezeki Menang Kerusi Di Sepang

9 2

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.