in

“Sudah boleh jalan seperti biasa” – Nor Aqilah Dijangka Discaj Petang Ini Oleh Pegawai Perubatan

Na4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan tragedi empat sekawan keracunan gas karbon monoksida sehingga menyebabkan 3 kematian.



Satu-satunya mangsa yang terselamat adalah Nor Aqilah, 21 tahun. Antara yang turut terkorban dalam kejadian itu ialah kembarnya sendiri.

Dia yang awalnya koma tetapi sudah sedarkan diri kira-kira 11 hari lalu kini dijangkakan boleh pulang ke rumah pada petang ini, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad memaklumkan, Nor Aqilah berada dalam pemantauan doktor di wad Melur, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan sedang menunggu untuk didiscaj.

“Hari ini, Nor Aqilah menjalani pemeriksaan mata dan doktor merawatnya memaklumkan penglihatannya bertambah baik tetapi perlu mengambil ubat serta menjalani rawatan susulan.”

Malah dia juga tidak memerlukan fisioterapi kerana sudah boleh berjalan seperti biasa. Menurut pegawai perubatan, dia mungkin akan discaj petang ini.”

Min harap Nor Aqilah diberi kesembuhan dan kesabaran.

 

Baca : “Tak taulah mcm mane dia nk terima berita pasal kembar dan kawan kawan lain tu” Tragedi Karbon Monoksida, Nor Aqilah Dah Sedar

Na

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.