in

“Suami sempat pegang kaki tapi…” – Pergi Taman Tema Sambut Birthday Anak, Ibu Maut Tercampak Dari Roller Coaster

Jatuh Roller

Hari yang sepatutnya menjadi gembira bertukar duka selepas salah seorang ahli keluarga meninggal dunia. Itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga di Paris, Sabtu lepas.

Menurut CNN, seorang wanita maut selepas tercampak dari roller coaster di sebuah taman tema di Perancis. Elodie Duval, 32,  bersama keluarganya sedang meluangkan masa bersama di Parc Saint-Paul sempena ulang tahun anaknya yang ke-2.

Roller4

Roller0

Seorang saksi bernama Farida berkata, ketika kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu berlaku dia dan anaknya sedang menunggu giliran untuk menaiki roller coaster Formula 1 terbabit.

Mereka berdua dan pengunjung yang berada berdekatan kemudian dikejutkan dengan jeritan mangsa. Suami mangsa juga dikatakan sempat untuk memegang kaki isterinya dan cuba untuk menariknya kembali daripada tercampak namun usahanya gagal.

“Wanita itu terkeluar dari palang keselamatan… suaminya cuba untuk menyelamatkan isterinya dengan menarik kaki wanita itu namun tidak berjaya.”

Roller1

Roller7

Wanita tu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik. Pihak pengurusan taman tema tersebut dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan kepada CNN dan mengesahkan insiden terbabit.

“Kawasan taman berkenaan kini ditutup kepada pengunjung dan pekerja taman tema turut berduka dengan kejadian yang menimpa mangsa.”

Menurut laporan media Perancis, ini bukanlah kali pertama kemalangan jiwa seperti itu berlaku di taman tema tersebut.

Pada tahun 2009, kejadian yang sama pernah berlaku di mana seorang wanita berusia 35 tahun maut selepas tercampak keluar dari permainan roller coaster yang sama.

Baca: “Motorbike tu baru beli” – [VIRAL] Influencer Rusia Maut Kemalangan di Bali, Motor Kawasaki Ninja 250 Terbabas

Bule Rusia

Sumber: Mirror
Sumber: Daily Mail
Sumber: Mirror
Sumber: Twitter