in

Suami Kantoi Atas Katil Dengan Kekasih

Cheat

Apa perasaan korang bila pasangan yang dikahwini atas dasar cinta kantoi di atas katil dengan orang lain?

Lebih-lebih lagi, apabila ia berlaku dalam rumah milik kita sendiri. Perasaan berbaur sedih, marah, kecewa..semualah bercampur-aduk.

 

“Khabar angin suami saya ada perempuan simpanan tersebar luas”

Dalam perkongsian di Twitter, screenshot pengakuan seorang wanita ini menarik perhatian netizen yang turut berasa geram dan bersimpati dengannya.

Selepas 3 tahun berkahwin, suaminya dikatakan masih belum bersedia mempunyai anak walaupun sedar mereka berkemampuan dari segi kewangan.

1 1Sumber: Twitter

Malah si isteri turut dipandang sinis oleh ibu mertua dan diperli di hadapan keluarga dan sahabat handai sewaktu kenduri.

Tapi, perkahwinan mana yang tidak ditimpa sebarang masalah atau ujian.

 

“Bila isteri tanya mengenai khabar angin, dimaki pula!”

Desas-desus mengenai suaminya ada kekasih mula tersebar tapi tak dihiraukan. Apabila ditanya, si suami akan mengamuk dan memaki hamun pula.

Tapi betapa terkejutnya dia bila satu hari ternampak suami kantoi berada di atas katil dengan kekasih hati dalam rumah sendiri!

2Sumber: Twitter

 

“Dia ingat I lembut akan nangis je macam sinetron”

Wanita ini mengakui berang dengan surprise yang tak dijangka lalu mengamuk hingga mematahkan tulang kaki kiri dan menyebabkan rahang suaminya dislocated.

3Sumber: Twitter

Nasib baik bahagian kemaluan suami tak dirosakkan sekali. Bahaya bila perempuan dah mengamuk!

Dan nampak gaya, urusan penceraian sedang dalam proses. Kemenangan ini lebih manis sebab rumah dan kereta didaftarkan di bawah nama isteri.

Inilah yang dinamakan tak ada masalah, cari masalah! Macam-macamlah korang ni.

Baca: Banyak Lagi Lelaki Kat Malaysia, Jangan Rembat Suami Orang!

Malaysia Salary Fi 816X427