Gara-gara ada perselisihan faham dengan seorang peniaga, sepasang suami isteri terkejut apabila bilik hotel mereka diserbu pihak jabatan agama Islam pada pukul 4 pagi.
Bagaimanapun, serbuan itu tidak diteruskan selepas menunjukkan kad kahwin yang membuktikan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.
Seorang pengguna TikTok @zed.rodzuan, berkongsi cerita mengatakan insiden itu adalah angkara aduan seorang makcik yang juga pemilik sebuah kedai makan.
https://www.tiktok.com/@zed.rodzuan/video/7263981284039396609
Menurutnya, beberapa jam sebelum kejadian, mereka ada berkunjung ke sebuah kedai makan untuk makan malam.
Namun, disebabkan pesanan mereka lambat dihantar walaupun sudah menunggu selama sejam, mereka beralih meninggalkan kedai makcik tersebut.
Jelasnya, dia tidak menyangka makcik itu tidak berpuas hati dengan tindakan mereka walaupun telah meletakkan duit bayaran tanpa menjamah makanan yang dipesan.
“Sekarang ini makcik itu tak puas hati, datang cari kami di kedai mamak kemudian ambil gambar rakam semua cakap terima kasih la buat mak cik macam ini,” katanya.
Tak terhenti di situ saja, lelaki itu mengatakan makcik terbabit turut meminta suaminya mengekori dia dan isterinya sehingga ke bilik hotel.
“Dia beredar dari kedai mamak dan hantar suami dia pula untuk spy kitorang sampai masuk bilik hotel ni.
“Kau dah menyusahkan aku, datang melancong, jam 4 pagi tengah tidur pintu bilik kena ketuk,” luahnya.
@zed.rodzuan Replying to @Sharifah Nurfarah Yannis alkisahnya kami makan kat kedai makcik tu, lepas tu dia sidai kami sejam tak dapat makan so kami letak duit atas meja dan blah terus dari situ sebab kebulur dari siang tak makan and gerak kedai mamak sebelah. So bermulalah segala tragedi
Perkongsian lelaki itu telah mendapat perhatian ramai, rata-rata netizen mengecam tindakan si pemilik kedai itu kerana bukan sahaja mengganggu waktu tidur, malah turut membuang masa dan tenaga pihak penguatkuasa agama.
Baca: Wanita Terkedu Suami Ditangkap Basah Dengan Ibu Sendiri