Nama penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi tiba-tiba menjadi sebutan apabila ada orang membuat satu pendedahan berani mati dengan mendakwa bahawa suami kepada Heliza, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menggunakan gelaran darjah kebesaran palsu.
Menurut sumber, gelaran palsu itu adalah gelaran yang dibeli dan bukan anugerah daripada mana-mana istana.
Datuk palsu?
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dimana rata-rata terkejut, dalam pada itu, ada individu mengaku dirinya bekerja dibawah naungan suami Heliza dan dia mendakwa bahawa dia dah tahu mengenai perkara tersebut.
Malah, ada yang mengatakan bahawa gelaran sahaja yang palsu namun perniagaan yang dijalankan itu adalah sahih selepas ada yang mempertikaikan samada perniagaan suaminya itu legit atau tidak.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada penjelasan daripada Heliza dan Mahadi mengenai dakwaan tersebut. Apapun, kita tunggulah penjelasan daripada tuan empunya badan mengenai hal ini.
Baca : Diperli Kerana Janggut Panjang, Rupanya Suami Heliza Helmi Dah 17 Tahun Simpan Janggut