in

Suami Dakwa Ada Pihak Desak Elcah Buat Kenyataan Untuk Bersihkan Nama Syada Amzah

ft suami elcah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh kini diperkatakan mengenai kes rumah tangga pasangan pempengaruh Elcah dan suaminya. Dikatakan orang ketiga itu merupakan orang sama yang pernah menjadi punca perceraian daripada pasangan selebriti terkenal.

Isu menjadi semakin hangat apabila adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah turut terpalit dengan dakwaan cuba menjadi ‘batu api’ dalam hubungan mereka.


Namun begitu, Elcah nampaknya ada membuat satu hantaran untuk membersihkan imej penyanyi tersebut dengan mengatakan bahawa Syada Amzah tidak ada kena mengena dalam hal ini.

Boleh baca cerita penuh di bawah ini…

Artikel berkaitan : Teh Tumpah! Kecoh Pendedahan Suami Pempengaruh, Cuba Digoda Individu Didakwa Jadi Punca Perceraian Pasangan Selebriti?

Artikel berkaitan : “Siapa nak dm saya” – Sibuk Pindah Rumah, Syada Amzah Buka Tawaran Bela Kucing Miliknya

Tidak berdiam diri, suami kepada Elcah iaitu Hafizzudin Hamri atau lebih mesra dengan panggilan  Afi Hamri  tampil membuat kenyataan di Threads untuk ‘memperbetulkan’ situasi.

Afi mendakwa bahawa isterinya itu terpaksa membuat kenyataan tersebut kerana didesak oleh segelintir pihak untuk membuat kenyataan sebegitu dan menegaskan bahawa Syada Amzah merupakan perosak dalam rumah tangganya.

Screenshot 2025 08 01 115756

Bahkan, Afi juga turut berpesan kepada Syada agar jangan rosakkan hidup orang lain kerana dirinya sendiri dikatakan ‘tak damai’.

Sumber : Threads

Sumber: Thread

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.