Memakai topeng penutup muka dan hidung kini menjadi norma baru bagi hampir keseluruhan penduduk dunia. Jika sebelum ini, pemakaiannya mungkin dikhususkan pada waktu tertentu saja seperti ketika menaiki motor atau sewaktu musim jerebu.
Namun kini, ia dianggap sebagai keperluan untuk mengelak daripada terkena jangkitan COVID-19.
Baru-baru ini, Presiden Afrika Selatan dijadikan bahan lawak selepas beliau dilihat struggle untuk memakai topeng muka dalam satu siaran langsung.
BBC melaporkan, ketika itu Cyril Ramaphosa sedang membuat pengumuman untuk menarik semula beberapa sekatan perintah berkurung di Afrika Selatan bermula bulan depan.
Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai agar kekal berada di rumah, dan menyeru mereka memakai topeng penutup mulut dan hidung ketika keluar.
Dan pada saat itulah, beliau cuba membuat demonstrasi pemakaian topeng muka sebelum berlaku kejadian yang tidak disangka-sangka.
Keseluruhan aksi itu berlaku ketika siaran langsung, ia terus tular dan menjadi bahan jenaka netizen di media sosial.
President trying to warn us about Level 7 of Corona #ramaphosa pic.twitter.com/ishW4PBmnF
— The Instigator (@Am_Blujay) April 23, 2020
If I can’t see the virus, the virus can’t see me🤷🏽♂️ simple!!! Dankie the Mask
#Ramaphosa#lockdownextension pic.twitter.com/lRJi5SRH5g
— Lekau (@Ntsako_Shibambo) April 23, 2020
https://twitter.com/fortunatezwane/status/1253407340159787014?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1253407340159787014&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.republicworld.com%2Fentertainment-news%2Fwhats-viral%2Fsouth-africa-president-cyril-ramaphosa-face-mask-gaffe-triggers-memes.html
Apa pun, mujur Ramaphosa ni cool orangnya. Ini reaksi beliau ketika ditanya media mengenai aksi memalukan itu.
[ON-AIR] President Cyril Ramaphosa responds after his mask blunder goes viral. Courtsey #DStv403 pic.twitter.com/u9LK29q9wQ
— eNCA (@eNCA) April 24, 2020
Baca: Ini Cara Presiden Russia ‘Settlekan’ Farmasi Yang Jual Topeng Muka Dengan Harga Cekik Darah