in

“Stepmom dari neraka” – Bengang Diminta Jaga Anak Suami, Wanita Masukkan Budak 2 Taun Dalam ‘Bathtub’ Berisi Air Panas

Stepmom Dari Neraka Bengang Diminta Jaga Anak Suami Wanita Masukkan Budak 2 Tahun Dalam Bathtub Berisi Air Panas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak berperikemanusian!


Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang ibu tiri yang sanggup membunuh seorang kanak-kanak berusia dua tahun dengan meletakkannya di dalam bathtub berisi air panas.

Stepmom Dari Neraka Bengang Disuruh Jaga Anak Suami Wanita Masukkan Budak 2 Tahun Dalam Bathtub Berisi Air Panas E1613198619723

Insiden kejam yang berlaku pada 1 Oktober 2018 di Jordan, Timur Tengah itu dilaporkan berpunca daripada rasa marah selepas ibu tiri itu diminta oleh suaminya untuk menjaga dua orang anak lelaki itu yang masing-masing berusia empat dan dua tahun.

Menurut laporan mahkamah, suspek yang tidak didedahkan identitinya itu memilih untuk membunuh anak suaminya hasil perkahwinan terdahulu kerana mahu membalas dendam apabila dipaksa menjaga kanak-kanak itu.

Pasangan berkenaan dilapor bertengkar dan suspek dikatakan tidak berpuas hati selepas diminta untuk menjaga anak-anak suaminya.

Selain itu, ibu tiri berkenaan juga mempunyai sejarah mendera dua anak suaminya itu dengan memukul dan berlaku kejam kepada mereka.

Keluarkan mangsa dari tab mandi lepas mangsa menjerit kesakitan

Bathtub E1613198781669
Gambar hiasan

Mahkamah Tinggi Jordan mendedahkan pada hari kejadian, wanita itu telah mengisi bathtub dengan air panas sebelum meletakkan mangsa yang berusia dua tahun di dalamnya.

Difahamkan, mangsa dikeluarkan dari bathtub itu selepas dia menjerit kesakitan. Kanak-kanak lelaki itu kemudiannya dihantar terus ke hospital dimana dia dilapor mengalami first degree burn.

Dua minggu selepas itu, kanak-kanak terbabit dilapor telah meninggal dunia.

Menurut Daily Star, ibu tiri mangsa telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada November 2019. Bagaimanapun, suspek dilapor telah membuat rayuan baru-baru ini.

Namun begitu, pihak mahkamah dilapor mengekalkan hukuman berkenaan selain menganggap ia setimpal dengan jenayah yang dilakukan wanita terbabit.

Sumber: Daily Star

Baca: “Syurga tempatmu sayang” – Kes Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Disyaki Akibat Didera, Ibu & Ayah Tiri Direman

Feature 3 2 E1612000372991

Sumber: Daily Star
Sumber: The Spruce

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.