Masa musim hujan ni, memang agak tinggi risiko bila membuat perjalanan menaiki kereta, lebih-lebih lagi di selekoh yang tajam atau ketika jalan raya basah.
Baru-baru ini, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Leona telah memuat naik satu video di Twitter menunjukkan sebuah kereta yang rosak teruk akibat terbabas dekat satu selekoh di Kuala Lumpur.
https://www.instagram.com/p/CViA7fWPYs_/
Dalam video tersebut, dapat dilihat kenderaan di hadapan kereta Leona dan ibunya itu dalam keadaan terbalik selepas terbabas dan tergelincir di laluan tersebut.
Dapat juga dilihat seorang wanita dari dalam kereta yang terbabas tersebut cuba untuk keluar dari tingkap kenderaannya.
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah tindakan isteri Azhar Sulaiman, Chempaka Emalin Pahamin yang tak teragak-agak keluar dari keretanya bagi membantu mangsa kemalangan walaupun diketahui agak bahaya untuk berada di atas jalan raya yang penuh dengan kenderaan lain.
Bukan tu sahaja, gaya Chempaka berjalan tenang ke arah kenderaan yang terbabas itu turut mendapat pujian netizen.
my mom carried the girl out of her car that skidded 😳 pic.twitter.com/RBTpvnZMTW
— leona (@kasihirisleona) November 17, 2021
Menurut Leona, ibunya dan makciknya yang turut bersama mereka dikatakan telah berjaya membawa mangsa keluar dari keretanya itu namun keadaan sebenar mangsa tak diketahui.
Untuk pengetahuan korang, isteri Azhar Sulaiman ni merupakan orang kuat dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia tau dan antara salah satu tugas Pandu Puteri adalah sentiasa membantu orang.
Nasib baik ada orang yang berani macam ibu Leona ni. Salute! Min doakan jugak mangsa yang terbabit tu dalam keadaan yang baik.
Baca: “Berhenti jadi tuhan” – Leona Minta Netizen Stop Kira Dosanya & Hargai Komen Yang Baik-baik