in

SPRM Sita RM1 Juta, 16 Kenderaan Disyaki Hasil Salah Guna Wang PRU14

Sita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyaknya kena sita!


Dua hari lepas kita digemparkan dengan berita penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bernilai RM3.5 Juta lepas 17 orang pengawal keselamatan di Jabatan Perdana Menteri kena tahan dengan pihak berkuasa.

Berikutan hal ni, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikhabarkan dah menyita beberapa lagi aset berharga yang disyaki hasil penyalahgunaan wang peruntukan PRU14 berkenaan, lapor The Malay Mail.

A
sumber: projekmm

Menurut sumber SPRM, jumlah aset yang disita adalah wang tunai berjumlah RM978,800, lima buah kereta, 11 buah motosikal, lima bentuk cincin, seutas gelang, empat utas rantai, 11 telefon bimbit serta perkakas eletrik. Banyaknya wang tunai hampir RM1 Juta!

“Lima buah kenderaan berkenaan ialah sebuah Volkswagen Golf GTI, tiga buah Honda dan sebuah Perodua Alza manakala 11 motosikal terdiri daripada lima buah berjenama Yamaha dan selebihnya berjenama Honda,” kata sumber.

“Kesemua kenderaan dan barangan yang disita tersebut kini masih dalam proses penilaian harga.”

Pejabat Perdana Menteri 2
sumber: blog

Ketika dihubungi bagi mengesahkan penyitaan yang berlaku, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki memaklumkan bahawa pasukan penyiasat SPRM masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan kes.

Semalam kesemua suspek kes penyelewengan dana PRU14 tersebut hadir memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya antara jam 2.45 petang hingga 3.15 petang. Suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana PRU14 berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Dorang ni memang jenis simpan duit cash banyak-banyak kat bilik ke?

Baca: Rasuah RM3.5 Juta Gegarkan Jabatan Perdana Menteri!

Ckjcabjc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.