in

SPRM Siasat Pasangan Pegawai Imigresen Beli Kereta Mewah, Buka Kedai Emas Guna Duit Rasuah

pegawai imigresen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepasang suami isteri yang bekerja sebagai pegawai imigresen disiasat selepas dipercayai hidup mewah hasil duit rasuah sehingga mampu membuka sebuah kedai emas bernilai kira-kira RM600,000 di Pahang.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pasangan berusia lingkungan 40-an itu didakwa mengaut rasuah selama empat tahun ketika terlibat mengurus kemasukan warga asing tanpa dokumen lengkap.


Lebih mengejutkan, mereka dikatakan menggunakan nama adik wanita terbabit dan anak mereka sendiri sebagai proksi untuk menubuhkan kedai emas itu bagi mengaburi pihak berkuasa.

Kedai berkenaan telah diserbu SPRM menerusi operasi khas Op Dygo dan kedua-dua suspek ditahan reman selama lima hari sehingga 14 September di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.

Artikel berkaitan: Pemilik Kedai Telefon Bimbit Berdepan Detik Cemas Leher Nyaris Dikelar Wanita Myanmar

Artikel berkaitan: Mantan Perdana Menteri Akan Dipanggil Semula Untuk Bantu Siasatan – SPRM

54168665277 1aa4436e79
Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata majikan yang mahu mempercepatkan proses kelulusan fail pekerja asing daripada tujuh hari kepada tiga hari perlu membayar sebanyak RM700 setiap seorang.

Katanya, suspek menerima kira-kira RM150 seorang manakala selebihnya diagihkan kepada pegawai lain yang turut terlibat menguruskan fail tersebut.

Dalam tempoh empat tahun sejak 2020, pasangan pegawai imigresen itu dipercayai mengutip hampir RM900,000 hasil kegiatan tersebut yang digunakan untuk membuka kedai emas dan membeli sebuah kereta mewah.

Hasil serbuan SPRM, pihak berkuasa turut menemui simpanan emas seberat tiga kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.