in

MP Yang Langgar Peraturan Dewan Rakyat Berdepan Denda RM10K – Speaker Dewan Rakyat

2speaker

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Johari Abdul, berkata pihaknya sedang berusaha agar denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas ahli Dewan Rakyat yang melakukan kesalahan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000.

Screenshot 2023 08 19 at 3.33.28 PM

Menurut Speaker Dewan Rakyat, langkah tersebut boleh dilakukan melalui pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.


Melalui pindaan tersebut, mana-mana ahli Dewan Rakyat yang membuat atau bertindak melanggar peraturan parlimen boleh dikenakan denda selain digantung tugasnya.

Memetik laporan MalaysiaKini, ketika ucapan perasmian majlis Syarahan Parlimen 3.0: Membina Semula Negara Melalui Pembaharuan, Johari berkata

Kami bertindak supaya akta ini dilaksanakan, dan memastikan setiap ahli parlimen menyumbang kepada kemajuan negara.

Turut hadir ketika majlis itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Azalina Othman, dan bekas speaker Dewan Rakyat yang pernah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Rayuan, Mohamad Ariff Md Yusof.

Johari berkata dia turut berharap agar Akta Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan pada 1992, dikembalikan semasa dia memegang jawatan sebagai speaker.

Screenshot 2023 08 19 at 3.34.10 PM

Sementara itu Azalina menekankan bahawa kehadiran ahli parlimen yang buruk di parlimen perlu diketengahkan segera dan dianggap sebagai sesuatu yang membimbangkan negara.

Selain daripada tindakan yang lebih tegas terhadap ketidakhadiran ahli parlimen, Azalina juga menggalakkan agar lebih banyak penyertaan awam supaya rakyat mempertanggungjawabkan ahli parlimen masing-masing.

Baca: “Macam baru semalam berkempen untuk ayah” – Anak Sebak Cabut Plat Nama Arwah Salahuddin Ayub Di Parlimen

Screenshot 2023 08 19 at 3.35.24 PM

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.