in

SOP PPN Akan Dikurangkan Dari 181 Ke 10 Sahaja – Menteri Pertahanan

Ft Sop Ppn Dikurangkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dikurangkan kepada 10 SOP sahaja berbanding 181 yang sedia ada sekarang ini.


Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pengurangan itu akan mengambil masa sekitar 2 hingga 3 minggu, lapor Astro Awani.

Buat masa ini, terdapat 181 SOP merangkumi keempat-empat fasa PPN. Menerusi usaha memperkemaskan semula SOP berkenaan, matlamatnya adalah untuk mengurangkannya hanya kepada 10 SOP.”

Katanya dalam Sidang Media Khas Menteri Kanan Pertahanan sempena Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 hari ini lagi langkah memperkemas SOP-SOP yang telah digunapakai selama lebih setahun ini tentunya akan mengambil sedikit masa namun kerajaan komited untuk menyelesaikannya sebelum peralihan ke fasa endemik

Turut serta dalam sidang media itu ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini turut menjelakan bahawa Langkah ‘mengurung’ rakyat tidak lagi sesuai malah dikhuatiri mendatangkan lebih banyak implikasi termasuk kesihatan mental.

 

Baca : “Tak betul” – Hishammuddin Nafi Khabar Angin Positif COVID 19, Kini Sedang Jalani Kuarantin Rumah

Onns

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.