in

Song Hye-kyo: Digelar ‘Ikon Natural Beauty’ Korea Kerana Wajah ‘Tak Makan Usia’ Dan Tetap Sama Dari Kecil

Shk2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Song Hye-kyo. Nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan di Korea. Mana tidaknya, bukan sahaja mempunyai rupa paras jelita tetapi juga berbakat dalam lakonan.

Melalui Twitter, viral baru-baru ini tentang Song Hye-kyo yang diberi jolokan ikon ‘natural beauty’ dalam kalangan rakyat Korea Selatan selain dilabel sebagai ‘The Most Demand Face‘.


Song6

Shk

 

Tiada yang boleh sangkal betapa semula jadi wajah Song Hye-kyo

Kalau korang bandingkan wajah dia waktu kecil sampailah sekarang ni memang sama dan tak jauh beza. Yela, Korea kan memang terkenal dengan pembedahan plastik dan artis-artis dorang sendiri ramai yang ‘buat’ muka.

Song1

Song0

Bukan tu je, tak kisah gaya rambut macam mana atau fesyen apa sekali pun tetap sesuai dengan Song Hye-kyo yang pernah berambut pendek sebelum ini.

Song7

Song8

 

“Most Iconic Beauty Look”

Pada usia 38 tahun sekarang wajah Song Hye-kyo digelar ‘ikonik’ kerana masih sama dengan wajahnya ketika zaman kanak-kanak. Menurut Luxury Insider, bekas isteri Song Joong-ki ini mempunyai ‘glass skin’ dan muka yang begitu ‘glowing’ sehinggakan apa sahaja jenama produk kecantikan yang digunakannya akan cepat ‘sold out’.

Buktinya, jenama lipstick yang digunakan Song Hye-kyo dalam drama Descendant of the Sun telah mencatat keuntungan 10 kali ganda dalam masa seminggu je! Wowwww

Song9

Song10

 

Drama lakonan pasti ‘hit’

Selain wajahnya yang menawan itu, lakonan Song Hye-kyo juga sentiasa mendapat perhatian dan drama yang dibintanginya pasti akan pecah rekod. Kata orang, highly anticipated atau sentiasa ditunggu-tunggu oleh penonton.

Antara drama lakonannya yang mendapat perhatian adalah Full House pada tahun 2004 serta Descendant of the Sun pada 2016 di mana bermulanya cinta lokasi antaranya dan bekas suami.

Song5

Song4

 

Penangan Song Hye-kyo

Bayangkan betapa pengaruh dia melekat dalam hati peminat sampaikan mana-mana restoran atau kedai yang Song Hye-kyo pergi akan dapat perhatian juga.

Orang ramai akan ke kedai tu untuk ambil gambar just because dia pernah pergi ke situ. Contohnya, salah satu lokasi dalam drama That Winter The Wind Blows iaitu rumah kaca sebenarnya adalah restoran, dewan majlis dan kedai souvenir.

Song12

Song2

Song11

Betul weh, muka Song Hye-kyo ni ‘tak tua’…

Baca: “Mesti menyesal bekas suami!” – Song Hye Kyo ‘Balas Dendam’, Tampil Seksi & Bergaya Sakan Lepas Cerai

Shk

Sumber: Google
Sumber: 8days
Sumber: Twitter
Sumber: TMBW
Sumber: Tatler
Sumber: Google
Sumber: Sweetnara
Sumber: Sweetnara
Sumber: Pinterest
Sumber: Filmdaily
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Soompi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.