in

“So besar boleh jadi sekuat TIGER ke?” – [VIDEO] Viral Kanak-kanak Teguk Minuman Keras Di Johor Bahru

Featured 43

Mungkin kedengaran agak sensitif berkenaan isu yang admin nak kongsikan ini namun diharap ia mampu jadi pengajaran kepada kita semua.

Isnin lepas viral sebuah video berdurasi 31 saat yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki meneguk air daripada tin minuman keras berwarna biru dan berjenama (haiwan).

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Iskandar Puteri, Johor sehinggakan mendapat reaksi pelbagai pihak yang bimbang akan ‘keadaan’ kanak-kanak itu.

Korang tengok sendiri video kat bawah ni :

Kecik2 Dah layan Tiger, kalau dh besar macam mane ehh??

Posted by Malu Ape Bossku on Friday, July 19, 2019

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, lapor Sinar Harian.

 

Ibu dakwa kanak-kanak sendiri ambil minuman tersebut sebelum meneguknya

Namun, pada hari yang sama ibu kanak-kanak berusia 2 tahun tersebut tampil dan memaklumkan yang anak lelakinya sendiri mengambil tin minuman keras di ruang ibadah mereka.

Dia memaklumkan tindakan itu di luar kawalannya malah bukan sengaja membiarkan anaknya meminum arak tersebut. Dia memberitahu, ketika membiarkan anak sebentar, dia dengan sendiri mengambil tin minuman arak tersebut yang mana diletakkan di ruang ibadat mereka sebelum meneguknya,”

Kanak-kanak itu dilaporkan tidak mengalami sebaranng masalah kesihatan.

Senior Asisten Komisioner Md Yusof berkata siasatan masih berjalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Pandang mak ayah terlepas pandang sikit, aishhhh!

Baca : “Ingat benda macam ni boleh buat main ke?”  Atuk Bagi Cucu Baru Lahir Minum Arak Sebab Nak ‘Jaga Muka’?

Atuk