in

“Ingat benda macam ni boleh buat main ke?” – Atuk Bagi Cucu Baru Lahir Minum Arak Sebab Nak ‘Jaga Muka’?

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan Bulan Penuh Bayi (Man Yue) merupakan tradisi masyarakat Cina untuk memberi restu kepada bayi dan menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga. Namun, untuk satu keluarga ini, sambutan yang sepatutnya menggembirakan bertukar tragedi.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang bayi lelaki meninggal selepas atuknya beri minum alkohol semasa sambutan Man Yue. Macam mana boleh jadi macam ni?

Pada 12 Julai lepas, ramai keluarga dan rakan-rakan telah datang untuk menyambut kedatangan bayi lelaki yang baru lahir. Semasa sambutan ini berlangsung, para tetamu dah menjadi sedikit mabuk gara-gara alkohol yang dihidangkan.

Addiction Hope Breastfeeding Mothers And Alcohol Consumption What Is Safe For Your Baby
Gambar hiasan

Nak dijadikan cerita, atuk sebelah bapa bayi ini dengan gembiranya telah mendukung bayi malang ini untuk ditunjukkan pada para tetamu. Namun, segalanya berubah bila salah seorang dari saudara yang datang buat lawak dengan menyuruh atuk ni beri cucunya minum arak. Kelakar ke?

Atuk tak boleh minum kalau cucu tak minum”

Tanpa disangka-sangka, atuk ini ambil serious dengan lawak tersebut dan berikan cucunya yang baru berusia sebulan itu minum sedikit air arak untuk “jaga muka”. Seriouslahhh

Champgane New Years Crtsy Garces Restaurant Group
Gambar hiasan

Ibu bayi yang ternampak tindakan bapa mertuanya ini telah masuk ke dalam bilik tersebut dalam keadaan marah dan ‘merampas’ anaknya yang sedang menangis dari tangan lelaki tua itu.

Malangnya, lepas 30 minit, bayi tersebut mula termengah-mengah. Panik lihat keadaan anaknya, ibu ini bergegas menghantar bayinya ke hospital namun bayi tersebut tak dapat diselamatkan walaupun selepas diberi rawatan kecemasan selama beberapa jam.

Doktor mengatakan yang bayi ini telah mengalami alahan alkohol. Doktor yang merawat bayi ini juga tak dapat nak kawal perasaan marah terhadap tindakan atuk yang sangat tak bertanggungjawab ni.

Bayi tak boleh ambil alkohol. Benda macam ni pun nak buat main ke?!”

Ibu bayi yang kesal dengan perbuatan lelaki ini juga telah menampar muka bapa mertuanya beberapa kali.

Lebih menyedihkan, sebelum ini ibu malang ini telah dilayan dengan teruk oleh ahli keluarga kerana tak boleh mengandung selama tiga tahun. Tapi bila dia dapat bayi lelaki ni, lain pula yang jadi…

Tak tahulah apa yang ada dekat dalam otak atuk ni. Lain kali dah tahu mabuk tak payah nak pegang-pegang cucu. Geram betul!

 

Baca: “Budak-budak sekarang menakutkan!” – Pelajar Tingkatan Dua Ditemui Pengsan Akibat Terlalu Mabuk Lepas Minum Arak Murah!

Screenshot 2019 07 15 At 11.30.06 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.