in

Skandal Bapa Ayam: Seungri Big Bang Dijatuhkan Hukuman Penjara 3 Tahun

Collage 16

Lebih kurang dua tahun lalu, peminat Kpop telah dikejutkan dengan pendedahan skandal ‘bapa ayam’ Seungri lepas bekas anggota kumpulan Big Bang ini dikaitkan dengan kes pelacuran.

Semalam, mahkamah tentera telah pun menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Seungri atas beberapa tuduhan termasuk menjadi pengantaraan pelacur dan perjudian di luar negara.

Menurut YonHap News Agency, Mahkamah tentera umum Tentera Darat di Yongin, Seoul juga turut mengarahkan tangkapan serta merta selebriti berusia 31 tahun ini.

Untuk pengetahuan korang, Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun telah menjalani perbicaraan di mahkamah tentera kerana dia telah mendaftarkan dirinya untuk menjadi tentera pada Mac tahun lalu selepas pendakwaannya bermula Januari tahun yang sama.

Penglibatan Seungri  ini terdedah selepas siasatan dijalankan ke atas skandal seks dan dadah yang dikatakan berlaku di kelab Burning Sun, sebuah kelab malam miliknya.

Seungri Jail Big Bang Sentence Getty 081221

Seungri telah dituduh menawarkan pelacur kepada pelabur dari Taiwan, Jepun, Hong Kong dan negara-negara lain dari Disember 2015 hingga Januari 2016 bagi mendapatkan pelaburan untuk kelab malamnya itu dan perniagaan-perniagaannya yang lain.

Penyanyi ini juga turut didakwa menyonglap wang sebanyak 528 juta won (hampir 2 juta ringgit) dari dana kelabnya untuk berjudi di Las Vegas dari Disember 2013 ke Ogos 2017.

Ketika perbicaraan, Seungri telah menafikan penglibatannya ke atas semua tuduhan dan mendakwa rakan kongsinya yang bertanggungjawab dengan pelacuran dan dia tak pernah melawat US bagi tujuan berjudi.

Pun begitu, pendakwa raya tentera telah meminta mahkamah untuk jatuhka hukuman penjara lima tahun ke atas Seungri dan denda sebanyak 20 juta won pada 2 Julai lalu atas alasan:

Dia tak tunjukkan penyesalan dan menyalahkan orang lain walaupun selepas dia dah menikmati faedah banyak dari jenayahnya ini.”

 

Baca: Fans Kpop Bawa Bertenang! Ini Pendedahan Kes Skandal ‘Bapa Ayam’ Seungri Big Bang Yang Korang Perlu Tahu

Screenshot 2021 08 13 At 11.22.05 Am

Sumber: NME