in

Sisi Gelap Kerja Petik Buah Di New Zealand, Al-Kisahnya..

Petik Buah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, Australia mengumumkan tempoh visa untuk backpackers ke negara tu akan dipanjangkan.

Keputusan negara yang jadi antara pilihan anak-anak muda untuk bekerja sebagai pemetik buah itu dibuat bagi menampung kekurangan tenaga kerja menjelang musim menuai.


Selain Australia, New Zealand juga antara negara yang tawarkan pekerjaan serupa.

Nak kerja petik buah? Kena tahu ni

Kita selalu dengar mereka yang jadi pemetik buah ni selalu memperoleh pendapatan yang tinggi hasil bekerja selain faktor tukaran wang ringgit.

Tapi ramai tak sedar kisah gelap di sebalik pekerjaan ini.

Menerusi Facebook Malaysian Backpackers Club, wanita ini berkongsi pengalamannya bertemu backpackers yang jadi pemetik buah sewaktu berada di New Zealand.

Jelasnya antara perkara-perkara yang perlu kita tahu kalau nak jadi pemetik buah, apply working holiday visa sendiri.

Petik Buah 3
sumber: facebook

Kos sara hidup mahal

Selain daripada itu, kita semua sedia maklum kos sara hidup kat luar negara macam New Zealand dan Australia agak mahal.

Jadi macam mana nak tanggung perbelanjaan kita kat sana?

Petik Buah 4
sumber: facebook

Walaupun kita asalnya bekerja sebagai pemetik buah, tapi skop kerja kita akan berubah-ubah.

Hinggakan ada yang sampai turun berat badan sebab sakit tak tahan kerja tu.

Petik Buah 5
sumber: facebook

Tak berjimat cermat, kena buang kerja

Tambah wanita ni lagi, ada kisah rakyat Malaysia yang tak tahu berjimat-cermat waktu jadi pemetik buah di sana.

Mentang-mentang duit rasa dah banyak, tak terfikir kualiti kerja tu yang lebih dipandang. Akibatnya, ada yang sampai dibuang kerja!

Petik Buah 6
sumber: facebook

Katanya, gaji petik buah sebenarnya taklah besar mana selepas ditolak kos sewa bilik, makan minum dan duit telefon.

Melainkan korang berjimat-cermat, dapatlah simpan duit yang banyak.

Sebagai langkah berjaga-jaga, penulis turut menasihatkan untuk buat backup senarai ladang atau tempat penyembelihan halal yang ada kerja kosong.

Jadi, pastikan korang bersedia sebelum pasang angan-angan nak bekerja sebagai pemetik buah kat New Zealand ataupun mana-mana negara lain.

Baca: “Menyusahkan orang lain nak masuk Australia!”

Page 2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.