Sebelum ini, tular satu foto memperlihatkan seorang pemuda bergambar dengan kereta mewa. Apa yang menjadi tumpuan netizen adalah lelaki tersebut menyindir kredibiliti seorang guru yang terpelajar namun tidak mampu membeli kereta mewah jika dibanding dengannya.
Ia telah mengundang kecaman orang ramai, biarpun gambar tersebut telah dipadamkan ianya tular ke platform media sosial yang lain.
Artikel berkaitan : Selebriti & Usahawan Pakai Kereta Lamborghini Liat ‘Renew’ Cukai Jalan, Bagi Alasan Jarang Guna
Artikel berkaitan : Kereta Kena ‘Clamp’ Jika Parkir Lebih 10 Minit Di Stesen Minyak, Ini Respon Petron
“Katanya tanpa sekolah dan ijazah, kamu tak akan berjaya. Tapi, aku belum pernah lihat guru memakai Lamborghini.”
Berdasarkan kenyataan tersebut, ramai netizen menempelak lelaki tersebut bahawa kereta itu bukanlah Lamborghini tetapi Toyota Supra.

Rupanya posing pakai kereta orang lain
Memandangkan isu itu tersebar luas, ia telah menarik perhatian pemilik kereta tersebut dan sekaligus membuatkan dirinya terpanggil untuk tampil memberi kenyataan kerana perkongsian daripada lelaki itu telah memberikan kesan terhadap dirinya.
Pemilik kereta jenis Toyota Supra itu menjelaskan bahawa dia tiada kena mengena dengan lelaki tersebut dan langsung tidak mengenalinya. Di samping itu, dia memberitahu bahawa dia sama sekali tidak pernah menyindir mana-mana guru.

Pemilik kenderaan tersebut turut memperingatkan lelaki tersebut bahawa tiada jalan singkat untuk berjaya, di sebalik segala pencapaian yang kita lalui ada sahaja cabaran hidup yang orang tak nampak.
Pemuda mohon maaf
Terkini, pemuda tersebut telah membuat permohonan maaf kepada orang ramai atas tindakannya itu. Dia juga turut memberikan penghargaan buat mana-mana pihak yang selalu berada di sisinya.

Sumber : Thread, WORLD OF BUZZ
